Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dakwa Kerajaan Tak Ikut Konsep Perpaduan, 'Apa Kamu Merepek Abdul Hadi?'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 4:26PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibentuk atas satu titik persamaan antara parti komponen dengan mengetepikan agenda politik masing-masing.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memilih untuk bersatu, demi memastikan sebuah kerajaan toleransi dibentuk.

Katanya, titik persamaan dicapai itu, sekali gus menafikan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO bersama PH menubuhkan kerajaan yang tidak mengikut peraturan Allah dan haram.

Nur Jazlan Mohamed
Nur Jazlan Mohamed

“Kelmarin, Abdul Hadi melalut lagi. Dia tuduh pula Kerajaan Perpaduan tak ikut konsep sebenar, lebih besar kepala dari badan.

“Beliau mengatakan konsep perpaduan sebenar adalah bersatu atas titik persamaan sahaja dan bertasamuh (bertoleransi) dalam perbezaan serta kelainan mengikut garis sempadannya.

“Habis tu apa yang UMNO, PH, GPS, GRS buat hari ini bukan ke bersatu atas satu titik persamaan dengan mengetepikan agenda politik dan perjuangan masing-masing, demi memastikan sebuah kerajaan toleransi dapat dibentuk. Apa kamu merepek ni wahai Abdul Hadi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Nur Jazlan berkata, Kerajaan Perpaduan berjaya dibentuk apabila DAP bersetuju menerima agenda mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja seperti disyaratkan UMNO. 

Mantan Ahli Parlimen Pulai itu menegaskan, Perdana Menteri sudah melantik ramai menteri dan timbalan menteri dalam kalangan Melayu Islam di bawah Kabinetnya, demi menunjukkan kekuatan sejati golongan itu di negara ini.

Jelasnya, DAP turut bertolak ansur untuk menerima kuota menteri dan timbalan yang sedikit jika dibandingkan dengan jumlah kerusi dimenangi parti berkenaan.

“Lepas itu Abdul Hadi keluarkan dalil baru pula. Islam menolak daripada bersatu dan bekerjasama dengan kumpulan haram, iaitu perompak mengambil harta secara paksaan serta terbuka yang dinamakan juga dengan merampas, melanun di lautan luas dan sebagainya.

“Begitu juga, diharamkan bersama kumpulan pencuri mengambil harta secara sembunyi tanpa diketahui dan diizinkan pemiliknya. Kemudiannya, disertai kumpulan penipu yang mengumpulkan harta secara menggoda atau berbohong.

“Saya nak tanya dalil tu Abdul Hadi tuju kepada diri sendiri dan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) ke sebab dengar cerita (Pengerusi Perikatan Nasional) tengah kecut perut bila sudah terbongkar skandal lima peratus komisen projek kerajaan zaman beliau jadi Perdana Menteri yang bernilai bilion ringgit masuk ke akaun parti politik atau Abdul Hadi pun tengah takut, mana tahu dia pun risau namanya serta PAS sangkut sekali,” katanya. 

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata, Ahli Parlimen Marang terbabit sebelum ini ada menyatakan bahawa PAS cuba menyelamatkan UMNO daripada ditelan DAP jika terus bekerjasama.

Bagaimanapun, beliau berkata, Abdul Hadi perlu mencermin diri terlebih dahulu supaya pemimpin itu nampak apa dilakukan PAS ketika mengadakan kerjasama dengan DAP dahulu, ketika di bawah gabungan Pakatan Rakyat (PR). 

“Masa itu tak terfikir ke DAP akan telan PAS. Ketika tengah seronok berkasih sayang sudah lupa semua musibah, tapi bila dah bercerai baru nampak semua benda buruk yang akhirnya terbentuk parti AMANAH macai DAP daripada hubungan ‘haram’ PAS-DAP itu,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kepimpinan PAS sebenarnya amat daif kerana mudah terpedaya dengan muslihat DAP sehingga sebahagian ahli itu menderhaka dan menubuhkan AMANAH hasil hubungan 20 tahun bersama PR.

“Mungkin Abdul Hadi cemburu bila anak-anaknya dalam AMANAH kini sudah berjaya dan diangkat menjadi menteri di kementerian penting, sedangkan beliau pula sudah hilang jawatan serta gaji buta sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri. 

“Sebab itulah Abdul Hadi macam kerasukan bila UMNO mula nak berkawan dengan PKR, DAP dan AMANAH dalam PH. Kononnya PAS nak tolong UMNO, padahal PAS dan Abdul Hadi sebelum ini pun hanyut dalam pelukan DAP, (Lim) Kit Siang serta (Lim) Guan Eng,” katanya.

Nur Jazlan berkata, Abdul Hadi sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan UMNO kerana parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu lebih arif dengan ‘sepak terajang, taktik, muslihat dan helah orang politik’, memandangkan ia sudah 70 tahun ditubuhkan.

Tegasnya, Abdul Hadi seharusnya redha dengan takdir Allah bahawa PAS dan PN tidak diangkat sebagai kerajaan berikutan kesombongan sikap gabungan berkenaan. 

Jadi, katanya, pemimpin parti itu perlu ‘move on’ dan fokus sebagai pembangkang yang bijak untuk Kerajaan Perpaduan.

“Sudah-sudahlah Hadi...Move on la. Rakyat pun sudah meluat dengar kamu duduk meratib pasal konsep pembentukan Kerajan Perpaduan.

"Sudah nak masuk tiga bulan dah Malaysia ada kerajaan stabil dan kukuh, tak usahlah kamu nak jadi batu api. Buatlah kerja sebagai pembangkang dengan baik serta cuba bantu kerajaan melalui idea lebih baik daripada asyik duduk berpolitik 24 jam.

“Abdul Hadi ini saya nampak dia sudah makin nyanyuk dan lupa banyak perkara pernah dia cakap atau buat. Biarlah Abdul Hadi terjun dengan pukatnya dan UMNO terus tumpukan kepada perjuangan untuk memulihkan parti serta membela rakyat,” katanya. - Getaran, 24 Januari 2023. 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 6 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki