web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebebasan Suara Barat Bukan ‘Tiket’ Hina Kesucian Islam, Bakar Al-Quran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 2:35PM

Poster Rasmus Paludan telah dibakar sebagai membantah tindakan biadap pemimpin parti pelampau kanan Denmark ‘Stram Kurs itu yang membakar Al-Quran - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebebasan bersuara diamalkan di negara Barat tidak sepatutnya dijadikan alasan menghina kesucian Islam atau mana-mana agama kerana ia adalah perbuatan biadap. 

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihaknya juga mengecam sekeras-kerasnya perbuatan itu memandangkan ia disifatkan ekstrem dan tidak menghormati agama lain, termasuk dalam insiden terbaru yang menyaksikan pemimpin parti pelampau kanan Denmark ‘Stram Kurs’, Rasmus Paludan membakar Al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, baru-baru ini. 

Katanya, tidak wajar untuk mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya menghina Islam, terutama dalam bentuk provokasi, seperti membakar Al-Quran atau melukis karikatur bagi menggambarkan Nabi Muhammad SAW.

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi - Gambar dari Facebook
Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi - Gambar dari Facebook

“Ia adalah tindakan amat rasis dan Islamofobia melampau, malah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

“Di saat dunia berada di ambang ketidaktentuan, insiden seperti ini perlu dihalang agar tidak berlaku pertembungan antara agama yang mampu membawa kepada kesan amat buruk,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Beliau berkata, umat dan dunia Islam sewajarnya mengecam tindakan biadab seperti itu yang mencemarkan kesucian agama mereka.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempertahan dan membela agama Islam yang mulia ini daripada terus dihina serta dicemarkan kesuciannya,” katanya. 

Sabtu lalu, Rasmus diberikan kebenaran membakar Al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm sehingga membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perbuatan itu turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia.

Malah, beliau menggesa kerajaan Sweden mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji terbabit.

Anwar berkata, kerajaan Sweden juga perlu memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara berkenaan.

Wisma Putra memaklumkan, pihaknya akan membincangkan mengenai pendirian Malaysia dan Brunei terhadap isu Islamofobia di Sweden pada lawatan rasmi Anwar ke Brunei yang dijadualkan bermula hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata, beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof.

Ujarnya, ia memandangkan isu terbabit menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ekstremis, sekali gus sudah tentu mencetuskan keprihatinan Malaysia-Brunei. - Getaran, 24 Januari 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi