web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bakar Al-Quran: ABIM Seru Pertubuhan Negara Islam Beri Amaran Keras Terhadap Sweden

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 10:07AM

Muhammad Faisal Abdul Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sikap biadap ahli politik berhaluan kanan Sweden, Rasmus Paludan membakar Al-Quran di negara berkenaan pada 21 Januari lalu, terus menerima kecaman dunia, termasuk pemimpin, pejuang agama dan rakyat Malaysia.

Terbaharu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, mengecam sekeras-kerasnya tindakan dilakukan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm itu yang bukan sahaja dianggap sebagai Islamofobia dan provokasi, malah jelas menunjukkan jenayah kebencian.

Justeru, katanya, ABIM mendesak agar kerajaan Sweden mengambil tindakan keras terhadap penjenayah tersebut, di samping mengambil langkah drastik pada masa depan bagi mengelakkan merebaknya Islamofobia di negara berkenaan.

“ABIM mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi tersebut yang jelas merupakan jenayah kebencian.

“Apa yang lebih mendukacitakan, ia dilakukan selepas mendapat kelulusan permit daripada kerajaan Sweden sendiri.

“Malah, ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Sweden yang mengizinkan pembakaran Al-Quran secara sengaja atas nama kebebasan bersuara,” katanya menerusi kenyataan.

Muhammad Faisal berkata, pada masa sama, ABIM menekankan kepentingan dialog, kempen kesedaran dan pendidikan bagi menyuburkan budaya damai, sifat toleransi, saling menghormati serta persefahaman bersama.

“Sejak 2014, ABIM turut konsisten menggerakkan pelbagai penerbitan, forum, wacana serta program berkait dengan Mencegah serta Menangani Keganasan Melampau (Preventing/Countering Violent Extremism) menerusi kerjasama pelbagai pihak.

“ABIM turut menyeru agar Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mengeluarkan amaran keras terhadap Sweden bagi menunjukkan bahawa masyarakat Islam antarabangsa tidak berdiam diri,” katanya.

Sabtu lalu, Rasmus yang juga pemimpin parti pelampau kanan Denmark ‘Stram Kurs’, diberikan kebenaran membakar Al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweden sehingga membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.

Perbuatan itu turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia dan menggesa kerajaan Sweden mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji terbabit.

Katanya, kerajaan Sweden juga perlu memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara berkenaan.

Wisma Putra memaklumkan, pihaknya akan membincangkan mengenai pendirian Malaysia dan Brunei terhadap isu Islamofobia di Sweden pada lawatan rasmi Anwar ke Brunei yang dijadualkan bermula hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata, beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof.

Ujarnya, ia memandangkan isu terbabit menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, sekali gus sudah tentu mencetuskan keprihatinan Malaysia-Brunei. - Getaran, 24 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Polemik Hadis 40, ‘Memang Hanya Untuk Pelajar Islam!’

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Sweden Mahu Ketatkan Peraturan Kemasukan Susulan Insiden Bakar Al-Quran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Kerajaan Sweden Henti Tindakan Provokatif Bakar Al-Quran

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Zahir Rasa Sedih Pemergian Dr Razali Nawawi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek