web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tumpu Usaha Turunkan Harga Bahan Mentah - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sememangnya menumpukan usaha mencari penyelesaian bagi menurunkan harga bahan mentah.

Beliau berkata ia termasuk memastikan pengeluaran mencukupi serta memberi dukungan kepada pengeluar domestik bagi produk telur, ayam dan sayuran.

Anwar mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyeru kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk menurunkan harga bahan mentah.

“Tidak apa kita dengarlah pandangan dia (Ismail Sabri). Saya pun mampu banding sebulan setengah menteri berkenaan yang bekerja, itu kalau saya bandingkan, saya boleh akui yang dilakukan sekarang lebih bersungguh-sungguh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat di kampung halamannya di Cherok Tok Kun di sini malam tadi.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar berkata dalam masa singkat sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, kehadiran pelabur antarabangsa dari Eropah, China dan Amerika Syarikat di Malaysia jauh lebih memberangsangkan dari tahun-tahun sebelum ini.

“Alhamdulillah dengan keyakinan ini, ringgit telah mengukuh. Kalau mata wang kita jatuh, ini akan menyebabkan kos import tinggi dan meningkatkan harga barang. Apabila harga barang naik termasuk harga makanan, ini akan membebankan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Februari ini akan menyentuh sektor pendigitalan dan pertanian moden dalam usaha memastikan ekonomi negara kekal mampan.

Anwar berkata beliau juga akan mempertimbangkan peruntukan yang lebih tinggi untuk Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang disifatkan kurang mendapat perhatian sebelum ini.

Walaupun Pulau Pinang merupakan penyumbang cukai terbesar untuk negara, beliau mengakui negeri ini sering dipinggirkan dari segi peruntukan bajet Persekutuan.

“Itu dalam pertimbangan saya, biarpun ada kekangan dari segi pendapatan dan perbelanjaan tetapi kita akan beri perhatian kerana ada kebenarannya Pulau Pinang dipinggirkan dari sudut peruntukan ... tetapi sama juga seperti bila saya ke Sabah dan Sarawak.

“Memang ada kekurangan besar kerana peruntukan untuk Pulau Pinang itu kepada infrastruktur besar tetapi Sabah dan Sarawak termasuk prasarana kecil, klinik, hospital, perumahan rakyat dan sekolah daif,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar mengumumkan bahawa Bajet 2023 tidak akan terikat dengan belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu iaitu pada Okt 2022, namun cadangan yang sudah dibuat dalam pelan belanjawan terdahulu akan tetap diambil kira dalam perangkaan bajet yang baharu ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad