web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Fokus Laksana Tanggungjawab Walau Berdepan Kerenah Pihak Tertentu - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 8:08PM

Anwar Ibrahim berkata kerajaan mempunyai banyak tugas yang perlu diberikan tumpuan bagi membantu rakyat dan bukan semata-mata melayan kerenah pihak terbabit - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan terus fokus melaksanakan tanggungjawab dan amanah walaupun berdepan kerenah pihak tertentu yang mempertikai dasar dilaksanakan.

Tanpa menyatakan secara terperinci pihak yang dimaksudkannya, Anwar berkata kerajaan mempunyai banyak tugas yang perlu diberikan tumpuan bagi membantu rakyat dan bukan semata-mata melayan kerenah pihak terbabit.

"Tak payahlah kita nak layan semua kerenah dia. Kita tak ambil gaji pun dia marah, ambil gaji kata tinggi sangat, ini masalah orang-orang politik yang tidak diperingatkan untuk apa kita ini berjuang dan memimpin.

Pemimpin itu kita menunjukkan contoh yang baik, siapa tidak mahu kemudahan, saya pun mahu tetapi kita perlu memikirkan tanggungjawab bahawa rakyat yang lain susah," katanya ketika berucap pada program minum petang bersama rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman.

Anwar berkata pimpinan kerajaan perlu menunjukkan teladan baik dan menghentikan perkara yang boleh merosakkan negara.

"Saya tak nafi memang banyak kes-kes tetapi saya kata sejak saya jadi Perdana Menteri, saya tidak tolak ansur dan saya ucap terima kasih kepada timbalan perdana menteri dan menteri serta timbalan menteri.

"Saya nampak cepat, saya kata turun gaji kita turun gaji, saya kata jimat belanja, kita jimat belanja...orang politik ada tanggungjawab dia, penjawat awam ada tanggungjawab dia, barulah negara ini kita boleh bangkit semula," katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR berkata kawasan Parlimen Permatang Pauh yang pernah diwakilinya sebelum ini masih dianggap kubu kuat PKR walaupun parti itu tewas kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15.

"Saya tidak pernah lupa (Permatang Pauh) walaupun kita tahu saya ke Port Dickson, Tambun tetapi asas kekuatan kita tetap Permatang Pauh. Walaupun kita diuji tetapi insya-Allah kita akan tawan semula," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Politik 13 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

4

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar