web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dasar Perumahan Negara Dikaji Semula, Ambil Contoh Konsep Negara Luar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 1:40PM

Usaha itu membolehkan Dasar Perumahan Negara yang baharu kelak, mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan berbilang kaum di Malaysia - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula Dasar Perumahan Negara sedia ada berdasarkan rangkuman intisari Membangun Malaysia Madani, supaya ia dapat diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.

Menerusi kenyataannya, KPKT berkata, kajian itu termasuk melihat beberapa contoh dasar perumahan negara lain, termasuk Singapura, terutamanya dalam perumahan awam dan mampu milik.

Katanya, ia berdasarkan kejayaan Singapura dalam penyediaan perumahan awam dan sosial untuk 80 peratus rakyat Singapura yang layak serta memerlukan, tanpa mengira bangsa.

“Mengambil kira aspek pengurusan perumahan mampu milik Singapura, KPKT bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan daripada negara tersebut.

“Ia bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar Membangun Malaysia Madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,” menurut kenyataan itu hari ini.

KPKT berkata, usaha itu membolehkan Dasar Perumahan Negara yang baharu kelak, mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan berbilang kaum di Malaysia.

“Melalui pembangunan dasar perumahan baharu dan perancangan lebih teratur, KPKT percaya sasaran untuk penyediaan 500 ribu rumah mampu milik menjelang tahun 2025 akan berjaya melalui kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri serta pemaju swasta,” katanya.

Pada masa sama, KPKT memaklumkan, pihaknya bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari peluang insentif baharu dan memudahcara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan.

Jelasnya, ia bagi memberi ruang kepada pemaju perumahan swasta bergiat aktif untuk menyediakan perumahan mampu milik berkualiti dan selesa untuk rakyat.

Malah, katanya, KPKT sedang mengkaji dasar perumahan negara bagi melihat sektor perumahan secara menyeluruh, khususnya dalam meningkatkan pelaksanaan rumah mampu milik dan penyediaan perumahan awam. - Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Sasar Siapkan 20 Projek Terbengkalai Tahun Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek