web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bas Persiaran Terbakar, 44 Pelancong Dan Pemandu Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 8:58PM

Dalam insiden pada 6.13 pagi itu, semua penumpang dan pemandu bas yang dalam perjalanan dari Skudai, Johor ke Kuala Lumpur berjaya keluar dari kenderaan terbabit - Gambar IPD Sepang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 44 pelancong berdepan detik cemas dan nyaris rentung apabila bas persiaran yang dinaiki terbakar sepenuhnya di lorong keluar plaza tol Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam insiden pada 6.13 pagi itu, semua penumpang dan pemandu bas yang dalam perjalanan dari Skudai, Johor ke Kuala Lumpur berjaya keluar dari kenderaan terbabit.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku, semua penumpang sempat menyelamatkan diri. Bas pelancong tersebut terbakar sepenuhnya dan bumbung Tol UPM juga terbakar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati insiden itu berpunca daripada kegagalan padel klac.

“Keterangan telah diambil daripada pemandu bas berusia 41 tahun. Menurut pemandu, beliau cuba menekan padel klac pada jarak 50 meter dari lorong tol tetapi keras, namun bas berhenti sendiri di lorong berkenaan.

“Ketika itu, seorang penumpang menjerit memberitahu terdapat api di bahagian belakang bas, pemandu yang melihat melalui cermin sisi mendapati api sedang marak di bahagian yang diberitahu,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata pihak PLUS Malaysia Berhad cuba memadam kebakaran itu menggunakan enam pemadam api jenis serbuk kering namun gagal.

Beliau berkata bagaimanapun, api berjaya dipadam oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang yang tiba di lokasi kejadian pada 6.26 pagi, kira-kira sejam kemudian.

“Bas telah dialihkan dari lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan telah membuka semula laluan keluar di persimpangan UPM pada 11 pagi tadi selepas menutupnya buat sementara susulan insiden tersebut.

“Lorong keluar paling kiri di plaza tol terbabit masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad