Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Keselesaan Berbanding Kos: Pengguna Warga Asing Bas PJ City Puas Hati Tambang 90 Sen

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 7:07AM

Salah seorang pengguna memahami kenapa dia perlu membayar caj sebanyak 90 sen dan menyifatkan perkhidmatan itu kekal sebagai pilihan terbaik, berbanding mod pengangkutan lain. - Gambar dari Facebok pengangkutan awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Caj 90 sen dikenakan ke atas warga asing yang menaiki bas bandar raya Petaling Jaya baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan kerana didakwa sebagai diskriminasi terhadap perkhidmatan yang sepatutnya percuma.

Bagaimanapun, mereka mungkin lebih menerima langkah tersebut.

The Vibes baru-baru inu bertemu dengan warga asing yang bekerja di sekitar bandar, dan kesemuanya berpuas hati dengan caj dikenakan baru-baru ini untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Seorang pengguna, Kasmayapee, berkata, harganya amat berpatutan dan dia tiada masalah membayar RM1.80 setiap hari untuk perjalanan dua hala. 

"Membayar 90 sen tidak mengapa kerana saya masih perlu menaiki bas pada akhirnya.

"Perkhidmatan itu kekal sebagai pilihan terbaik, berbanding mod pengangkutan lain seperti kereta api,” tambah pekerja kafe itu kepada The Vibes.

Kasmayapee juga berpendapat, aplikasi yang digunakan untuk mengimbas masuk ke dalam bas adalah memudahkan, tetapi ia mungkin 'mengerikan' bagi mereka yang tidak mengetahui prosedur baharu itu.

Kebimbangannya itu ada betulnya apabila seorang penumpang bas kali pertama, Sahadat Hassan, mengeluh dan berkata, aplikasi terbabit tidak mesra pengguna dan mempunyai proses pendaftaran yang rumit.

"Saya sanggup membayar caj itu, walaupun terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang.

"Tetapi menggunakan aplikasi itu adalah sukar. Saya tidak dapat mendaftar akaun, walaupun mengisi butiran saya dengan betul,” tambahnya.

Seorang rakan Sahadat turut berdepan isu sama sambil menunjukkan skrin perantinya yang memaparkan kegagalan memproses pendaftaran.

Sementara itu, seorang pengguna bas dikenali sebagai Kisti berkata, sebagai warga asing, dia menerima keadaan itu dan tidak merasa didiskriminasi.

“Saya faham situasinya kerana saya warga asing. Saya tiada masalah untuk membayar tambang.

“Tiada perasaan didiskriminasi, saya faham alasan di sebalik ini. Yang penting, bas masih selesa untuk saya,” jelasnya.

Kisti memberitahu bahawa dia mempunyai pelbagai perbelanjaan lain lebih mahal untuk dibimbangkan, termasuk permit kerjanya yang mengambil masa lama untuk diproses.

Mai, seorang lagi pengguna berkata, bas berkenaan tetap menjadi pilihan yang baik untuknya kerana pihak majikannya membayar tambang bas itu, membolehkannya bergerak dengan mudah di sekitar bandar.

"Saya bernasib baik kerana bos saya membayar tambang saya, dan ia adalah cara pengangkutan yang mudah," katanya ringkas.

Seorang pekerja perkhidmatan pembersihan yang tidak mahu namanya disiarkan pula berpendapat, tambang tersebut tidak akan memberi kesan besar kerana dia mempunyai gaji.

Beliau juga berkata, keputusan majlis itu bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan, kerana warga asing tidak boleh mempengaruhi undi.

“Saya seorang dewasa yang bekerja, jadi membayar untuk ini tidaklah membimbangkan. Saya telah menikmati perkhidmatan ini selama beberapa dekad.

"Adalah difahami mengapa majlis ini akan melaksanakannya, kerana kami bukan pengundi dan tidak boleh mempengaruhi undi yang memihak kepada sesiapa,” tambahnya.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya memaklumkan pada 30 Disember lalu, pengguna bas PJ City perlu mengimbas kod QR sebelum menaiki bas tersebut, manakala mereka yang bukan warganegara Malaysia pula dikehendaki membayar caj 90 sen setiap perjalanan, berkuat kuasa 15 Januari.

Pelaksanaan itu mendapat kritikan, dan kumpulan advokasi mendakwa, 'xenophobia tidak boleh menjadi sebahagian daripada mana-mana dasar kerajaan'. – The Vibes, 22 Januari 2023

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pihak Fitnah, Serang Agong, Institusi Diraja Akan Didakwa, Dipenjara - PM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

Semasa 16 jam yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

Semasa 12 jam yang lalu

Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Penerbangan, Gunung Ruang Meletus Semula

oleh Wartawan Getaran