web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Di Posisi Tepat, Masuki Era Baharu Pertalian Negeri - Persekutuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 9:12PM

Amirudin Shari - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor berada dalam posisi tepat untuk memasuki era baharu dalam pertalian erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kepelbagaian yang ada di negeri tersebut menjadikan Selangor dianggap sebagai ‘melting pot’ negara.

Menurut beliau, ia merupakan dorongan kepada kerajaan negeri untuk meneruskan tekad supaya aspirasi 'Selangor Bangkit' dan 'Maju Bersama' berjaya digapai.

"Tekad ini diterjemahkan menerusi tindakan kerajaan negeri pada tahun lalu dan diteruskan tahun ini. 

"Misalnya, selepas Rancangan Selangor Pertama (RS-1) diluluskan pada tahun 2022, kini Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit (SIAP) sedang meneliti garis masa bagi pelbagai projek utama dalam RS-1 untuk diteruskan," katanya pada perutusan Tahun Baharu Cina hari ini.

Amirudin berkata, arnab air mengikut kepercayaan kaum Tionghua membawa petanda keamanan, panjang umur serta kemakmuran.

“Tahun 2023 memperlihatkan arnab air kembali setelah 60 tahun berlalu, yang merupakan simbol yang keamanan, panjang umur serta kemakmuran. 

“Pemaknaan simbol tersebut datang tepat pada waktunya, apabila negara ini memasuki era baharu yang berlandaskan perpaduan dan bertujuan membawa kemakmuran serta keamanan bagi segenap lapisan masyarakat,” katanya. 

Jelasnya, negara telah melalui zaman keperitan dan kegelapan sejak Mac 2020 sehingga bulan November 2022.

“Krisis tersebut termasuklah pandemik COVID-19, politik serta penyalahgunaan kuasa dan seterusnya kekangan pertumbuhan ekonomi yang sedikit sebanyak disebabkan elemen geopolitik dunia dan perang.

"Akhir sekali, saya mengharapkan yang terbaik untuk semua, agar kita terus cekal, terus bersemangat dan terus bekerja bagi meneruskan kehidupan kita. Dengan doa dan harapan tersebut, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua," katanya. - Getaran, 21 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PH-BN Pertimbang Fail Petisyen 4 Kerusi - Amirudin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Kumulatif Denggi Meningkat 139 Peratus Bagi Tempoh Januari Hingga Julai Tahun Ini

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Biarpun Musim Banjir, Ibu Bapa Diminta Ambil Berat Persediaan Anak Mula Persekolahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Chow Disahkan Positif COVID-19

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad