web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biarpun Musim Banjir, Ibu Bapa Diminta Ambil Berat Persediaan Anak Mula Persekolahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 11:15AM

Ibu bapa diingatkan bahawa anak mereka yang bersekolah, masih perlu menduduki peperiksaan akhir tahun pada awal Januari depan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU – Biarpun 2022 semakin hampir ke penghujung, ibu bapa diingatkan bahawa anak mereka yang bersekolah, masih perlu menduduki peperiksaan akhir tahun pada awal Januari depan.

Justeru, ibu bapa diminta mengambil berat mengenai kesihatan dan keselamatan anak, di samping memastikan mereka mengulang kaji pelajaran.

“Sesi persekolahan ketiga tahun ini akan diteruskan pada Januari. Peperiksaan akhir sesi akademik sekolah 2022 akan diadakan pada bulan sama.

“Jadi, saya berharap ibu bapa dapat membantu anak mereka membuat persiapan menghadapi peperiksaan, walaupun ketika musim tengkujuh ini,” kata seorang guru di Sarawak ketika dihubungi The Vibes.

Guru Bahasa Inggeris kelahiran Pulau Pinang itu berkata, tahun akademik formal 2023 hanya akan bermula pada 19 Mac dan berakhir 9 Mac 2024 untuk sekolah kumpulan A, termasuk Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Sekolah dalam kumpulan B, termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Sesi persekolahan kumpulan B untuk tahun hadapan bermula pada 20 Mac dan akan berakhir pada 10 Mac 2024,” katanya.

Guru dari Pahang, Na’aim Idris, 34, ketika ditemui The Vibes berkata, ibu bapa perlu memastikan tahap kesihatan anak adalah optimum, agar mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik.

“Saya mampu berharap pelajar saya selamat bersama keluarga dan banjir tidak melanda Pasir Gudang serta kawasan sekitar sekolah, tempat saya mengajar,” katanya.

Manakala, bapa tunggal, Aliff Redzuan, 35, yang memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun berkata, dia memperuntukkan RM500 untuk menampung keperluan persekolahannya tahun depan.

“Biasanya saya akan membelikannya dua set pakaian seragam baharu setiap tahun dan sepasang kasut baharu.

“Kasut sekolahnya masih elok, tetapi mungkin sudah tidak muat sebelum sesi persekolahan 2023 tamat, jadi saya akan membeli sepasang yang lebih besar sedikit,” katanya yang berasal dari Pontian.

Sementara itu, seorang ibu, Wahida Wahid, 43, berkata, anaknya yang belajar di Tingkatan Tiga di sekolah vernakular Cina persendirian di Johor Bahru, teruja untuk memulakan sesi persekolahan tahun depan.

“Dia teruja kerana dapat memakai seluar panjang ke sekolah, kerana pihak sekolah (sebelum ini) mewajibkan pelajar Tingkatan Tiga dan ke bawah memakai seluar pendek,” ujarnya.

Tambahnya, dia juga memperuntukkan sejumlah wang untuk sesi persekolahan anaknya tahun depan.

“Yuran sekolah ialah RM1,200 setiap suku tahun, jadi jumlahnya ialah RM4,800 untuk setahun.

“Dari segi kelengkapan dan pakaian seragam, saya selalunya perlu membelanjakan kira-kira RM1,000 setiap tahun,” katanya.

Menurutnya, walaupun ekonomi belum pulih sepenuhnya selepas COVID-19, dia menyimpan sejumlah wang untuk pendidikan anaknya.

Terdahulu, terdapat desakan untuk sesi persekolahan dikembalikan kepada Januari, tetapi hingga kini penetapan jadual sedia ada diteruskan bagi membolehkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diadakan bukan ketika musim tengkujuh yang sering berlaku hujung tahun. – The Vibes, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini