web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Chow Disahkan Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 3:03PM

Chow Kon Yeow - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini disahkan positif COVID-19 dan akan berehat untuk tempoh beberapa hari, kata Penasihat Khas Pelaburan Ketua Menteri Datuk Seri Lee Kah Choon.

Lee berkata Chow perlu berehat beberapa hari sebelum boleh menjalankan tugas seperti biasa.

“Buat masa ini beliau akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti biasa, ia hanya COVID-19 normal, jadi tiada apa yang perlu terlalu dirisaukan,” katanya kepada Bernama selepas majlis pembukaan rasmi hab pengedaran rantaian bekalan baharu NI Malaysia Sdn Bhd, di sini.

Katanya beliau hanya berhubung dengan Chow menerusi panggilan telefon dan mesej.

Terdahulu, Chow dalam Facebook rasminya memaklumkan beliau telah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 pagi ini dan didapati positif.

Ahad lepas, Chow yang juga pengerusi DAP Pulau Pinang, telah diumumkan sebagai calon parti itu untuk Parlimen Batu Kawan bagi menggantikan penyandang, Kasthuriraani Patto, yang dilaporkan tidak akan bertanding pada PRU-15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU-15 pada 19 November, penamaan calon (5 November) manakala pengundian awal pada 15 November ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PLKN 3.0 Terima Respon Positif, Terapkan Juga Persediaan Hadapi Krisis Kesihatan Mental

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Patutlah Samseng, Positif Dadah Rupanya...

3

Politik 2 tahun yang lalu

Berjaya Tembus Kawasan Hitam, ‘Macam Ada Aura Orang Nak Kembali Pada BN’ - Mahdzir 

4

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam