web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


351 Perajurit Muda TUDM Tamat Latihan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 7:10PM

Seramai 351 pelatih Perajurit Muda TUDM menamatkan latihan mereka di Akademi Tentera Udara (ATU) di sini hari ini. - Gambar Facebook TUDM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seramai 351 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menamatkan latihan mereka di Akademi Tentera Udara (ATU) di sini hari ini.

Upacara Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 65/22 di Padang Kawat ATU yang dirasmikan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan meraikan pelatih terdiri daripada 292 lelaki dan 59 wanita.

Pada upacara perbarisan itu, Mohammad Iqbal Sardon dipilih sebagai penerima Anugerah Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan dan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara, manakala Wan Nor Zulaika Sofea Wan Zulkifli pula dipilih sebagai Perajurit Muda Udara Akademik Terbaik.

Terdahulu, Mohd Asghar Khan dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua pelatih termasuk jurulatih dan ibu bapa pelatih sehingga berjaya menamatkan latihan. 

"Saya berbangga semua pelatih berjaya menamatkan latihan kerana mereka memiliki azam dan iltizam kuat serta matlamat jelas untuk mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara dengan penuh komited dan berdedikasi.

"Selama 65 tahun pelaksanaan latihan asas dijalankan, banyak perubahan dilakukan dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi latihan, malah kita ucapkan penghargaan kepada tenaga pekerja dalam melahirkan anggota tentera yang cemerlang," katanya. 

Beliau berkata kumpulan pelatih Siri 65/22 telah mengangkat sumpah pada 4 Julai tahun lepas seterusnya menjalani latihan asas ketenteraan selama 24 minggu. 

"Mereka melalui tiga fasa latihan iaitu fasa pertama melibatkan latihan asas ketenteraan, fasa kedua pelajaran serta akademik dan fasa ketiga melibatkan latihan, ujian praktikal serta pembentukan sahsiah," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Nahas Hornet: PM Zahir Simpati, Arah Siasatan Menyeluruh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Minat Mendalam, Ingin Pertahan Kedaulatan Negara Dorong Sertai TUDM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesawat Ringan Hilang Kawalan, Tergelincir Semasa Latihan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad