web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Sudah Arahkan SKMM Hubungi IPT, KPT', KKD Prihatin Keluhan Mahasiswa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 7:01AM

Masalah capaian internet di IPT didakwa masih tiada jalan penyelesaian walaupun banyak pihak mendakwa kemudahan itu kini semakin baik dan mencapai tahap memuaskan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menghubungi institusi pengajian tinggi (IPT) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyelesaikan isu masalah capaian Internet yang didakwa masih belum bernoktah di universiti awam.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu penting agar SKMM dapat mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi serta mencari penyelesaian kepada situasi tersebut.

“Saya sudah mengarahkan SKMM untuk berhubung dengan IPT serta KPT untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi penuntut IPT.

“Saya juga berharap agar penyelesaian kepada permasalahan itu dapat diusahakan,” katanya ringkas kepada Getaran.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Getaran berhubung masalah capaian internet di IPT yang dikatakan masih tiada jalan penyelesaian walaupun banyak pihak mendakwa kemudahan itu kini semakin baik dan mencapai tahap memuaskan.

Kelmarin, Eksekutif Umum Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) 2022, Muhammad Noraiman Zulkifli berkata, hakikatnya, ramai rakyat negara ini yang belum dapat menikmati capaian rangkaian internet yang stabil, khususnya di kawasan luar bandar dan tidak terkecuali penuntut IPT.

Menurutnya, Malaysia masih jauh ditinggalkan oleh negara lain seperti Myanmar dalam aspek kemudahan itu.

Beliau berkata, pihaknya kesal walaupun negara sedang menuju ke arah rangkaian 5G, namun masih tidak ada plan drastik dilaksana kerajaan, khususnya KPT serta KKD untuk menanganinya. 

Justeru, katanya, terdapat keperluan untuk memberi penekanan terhadap aspek penyediaan peruntukan bagi tujuan penambahbaikan capaian internet di IPTA pada pembentangan Belanjawan 2023, Februari depan. 

 Teo Nie Ching
Teo Nie Ching

Sementara itu, Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching ketika dihubungi berkata, kementerian sentiasa prihatin terhadap isu capaian Internet terutama di IPT.

Berhubung isu capaian internet yang dilaporkan Getaran kelmarin, beliau mengesyorkan pihak pengurusan IPT mungkin perlu menambah hotspot WiFi atau penghala (router) untuk menampung permintaan mahasiswa.

Selain itu, tambahnya, pihak IPT juga mungkin perlu menaik taraf pakej jalur lebar sedia ada mengikut kesesuaian semasa.

“Kalau ada masalah fiber tidak stabil, pihak IPT boleh menghubungi pihak kementerian melalui SKMM bagi meminta laporan (masalah) daripada pembekal perkhidmatan fiber,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2023


 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad