web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengecualian Cukai Bonus: Pertimbangan PM Munasabah, Fahami Kebajikan Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 7:00PM

Adnan Mat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertimbangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengecualikan cukai ke atas bonus atau bantuan khas kewangan kepada penjawat awam disifatkan sebagai munasabah dan amat memahami soal kebajikan golongan tersebut.

Menyambut baik pengumuman itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, adalah tidak wajar jika bonus atau bantuan berkenaan tetap dikenakan cukai pendapatan memandangkan nilainya yang tidak begitu tinggi.

Menurut beliau, bonus atau bantuan berkenaan bersifat untuk membantu warga penjawat awam.

“Kebanyakan jumlah bonus yang diterima penjawat awam negeri termasuklah di peringkat Persekutuan tidaklah tinggi iaitu purata sekitar RM700 sehingga RM2,000 setiap seorang.

“Sekiranya jumlah tersebut dikecualikan daripada cukai pendapatan, ia tidak menjejaskan hasil atau sasaran kutipan cukai oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malah katanya, CUEPACS sendiri difahamkan bahawa kutipan cukai yang berjaya dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya melebihi sasaran yang ditetapkan pada 2022.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bonus yang diterima itu juga sebenarnya bersifat bantuan khas sebagai penghargaan serta meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penjawat awam.

“Selain itu, ada kerajaan negeri yang membuat bayaran secara berperingkat mengikut fasa dan tidak berbentuk sekali gus,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam di semua negeri, dikecualikan cukai atas pertimbangan bahawa bonus kepada golongan itu adalah tidak tinggi dan tidak wajar dikenakan cukai. - Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar