web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Dari Bangladesh Ditemukan Dalam Kontena Di Pelabuhan Barat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 11:35AM

Tangkap layar video media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak keluar daripada kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki warga asing ditemukan di dalam sebuah kontena di dermaga Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Selasa lepas, dipercayai terkunci selama enam hari di dalam kontena tersebut yang berasal dari Chittagong, Bangladesh.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan yang bekerja di bahagian operasi perkapalan yang mendakwa menemukan kanak-kanak berkenaan sekitar jam 9 malam.

“Semasa menguruskan kapal masuk di dermaga Pelabuhan Barat serta pemeriksaan sebuah kontena kosong, lelaki itu mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki warga asing berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya,” katanya.

Beliau berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan disahkan dalam keadaan stabil.

Menurutnya semakan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang identiti pengenalan diri dan laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut.

“Siasatan yang dijalankan mendapati sebuah kapal MV. Integra telah bertolak dari Chittagong pada 12 Januari dengan membawa kontena yang mengandungi muatan barangan am dan tiba di Pelabuhan Barat pada Selasa lalu,” katanya.

Hoong Fong berkata berdasarkan keterangan daripada mangsa, kanak-kanak itu menjelaskan semasa bermain bersama kawan di Chittagong, beliau telah masuk ke dalam kontena dan terkunci sehingga ditemukan oleh pihak pengadu di Pelabuhan Barat.

“Tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku di dalam kejadian ini dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai rujuk lain agensi (RLA) iaitu dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan menggunakan kapal kargo yang sama,” katanya.

Video berdurasi satu minit mengenai penemuan kanak-kanak itu turut tular malam tadi di media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

4

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad