web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op Selamat Bukan Ganggu Perjalanan Musim Perayaan, Ia Demi Keselamatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 11:26AM

Datuk Seri Mat Kasim Karim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fokus Op Selamat yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena musim perayaan adalah untuk melancarkan lalu lintas dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, walaupun terdapat laporan media mengatakan operasi itu mengganggu perjalanan musim perayaan, ia adalah bertentangan dengan tujuan sebenar usaha terbabit dilaksanakan.

“Artikel minda pengarang bertajuk ‘JPJ, polis jangan ‘ganggu’ perjalanan musim raya’ oleh sebuah akhbar tempatan bertarikh 19 Januari (semalam), menyatakan tindakan penguatkuasaan semasa cuti Tahun Baharu Cina akan mengganggu perjalanan pengguna jalan raya di musim perayaan.

“PDRM ingin menegas serta menjelaskan bahawa dalam tempoh 10 tahun Op Selamat dilaksanakan, satu daripada fokusnya adalah untuk melancarkan lalu lintas, meminimumkan kes kemalangan dan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bersempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 22 dan 23 Januari ini, PDRM akan melaksanakan Op Selamat 19 di seluruh negara.

Katanya, operasi itu akan dilaksanakan bermula 18 Januari hingga 27 Januari ini.

Mat Kasim berkata, operasi itu turut akan dilaksanakan di kawasan hotspot yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan kembali semula, selepas tamat musim perayaan nanti.

“Petugas PDRM juga akan ditempatkan di lokasi dikenal pasti bagi tujuan bantuan dan keselamatan pengguna.

“Seluruh jentera PDRM di lapangan melibatkan anggota balai dan elemen kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB) serta rondaan bit akan diatur gerak secara holistik dan sistematik, bagi mengurangkan beban kesesakan trafik di lebuh raya, jalan negeri serta perbandaran,” katanya.

Pengguna jalan raya, katanya, diminta memainkan peranan secara berhemah dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalahguna lorong kecemasan atau memarkir kenderaan sehingga menghalang laluan.

“Kerjasama orang ramai sepanjang tempoh operasi ini akan memastikan keselesaan buat pengguna jalan raya, selain kelancaran aliran trafik,” katanya. - Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Op Selamat 21: 821 Kemalangan Direkodkan Di Kuala Lumpur, Putrajaya

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

3

Semasa 3 tahun yang lalu

12,407 Kemalangan Direkodkan Sepanjang Op Selamat 20/2023 - KPN

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengsan Sebelum Langgar Pintu Tol

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad