web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


12,407 Kemalangan Direkodkan Sepanjang Op Selamat 20/2023 - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 5:54PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,407 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang Op Selamat 20/2023 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula 20 hingga 27 April lepas, iaitu meningkat 0.1 peratus atau 11 kes berbanding 12,396 kemalangan pada Op Selamat 18/2022.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemalangan maut pula merekodkan peningkatan 0.7 peratus iaitu 140 kes pada Op Selamat kali ini berbanding Op Selamat tahun lepas iaitu 139 kes, manakala jumlah kematian yang direkodkan pada kali ini sebanyak 146 kes berbanding 145 kes pada Op Selamat 18/2022.

“Penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi penyumbang utama bagi kes kematian yang direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini dengan mencatatkan angka korban tertinggi iaitu 94 kematian.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak sembilan kematian daripada 85 kematian yang dicatatkan semasa kempen Op Selamat 18/2022,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau berkata antara punca kes kemalangan maut disebabkan oleh kecuaian iaitu terbabas sendiri sebanyak 44 kes, diikuti memasuki laluan bertentangan (20 kes) dan keletihan/mengantuk (20 kes).

Sementara itu, Acryl Sani berkata pada Op Selamat kali ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 12,023 laporan balik kampung iaitu 6,856 laporan menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol, Hotline 999 (312) dan Borang Balik Kampung (4,855).

“Sebanyak 71,208 rondaan telah dijalankan ke atas kediaman dan premis-premis yang ditinggalkan melibatkan rondaan MPV (unit kereta peronda), URB (unit rondaan bermotosikal) dan elemen balai.

“Bagi kes jenayah pecah rumah pula, sebanyak 270 kes dilaporkan sepanjang Op Selamat 20/2023 berbanding 266 kes semasa Op Selamat 18/2022 iaitu peningkatan sebanyak empat kes (1.5 peratus),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar