web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ops Terjah Berjaya Stabilkan Bekalan, Harga Barangan Keperluan Asas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 8:17PM

Sepanjang pelaksanaan operasi itu, sebanyak 21,830 premis di peringkat runcit di seluruh negara diperiksa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi Terjah (Op Terjah) yang dilaksanakan selama sebulan sejak 16 Disember lepas berjaya menstabilkan masalah gangguan ke atas rantaian bekalan dan harga barangan keperluan asas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata sepanjang pelaksanaan operasi itu, sebanyak 21,830 premis di peringkat runcit di seluruh negara diperiksa dengan anggota penguat kuasa ditugaskan di lokasi-lokasi strategik menjadi tumpuan pengguna membeli-belah barangan keperluan harian.

“Strategi Melalui Op Samar iaitu keberadaan anggota penguat kuasa KPDN tanpa pakaian seragam dilakukan bagi melihat situasi sebenar bekalan dan harga barang.

“Ia membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil ke atas aduan pengguna selain tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata secara keseluruhan, dapatan daripada Op Terjah melaporkan berlaku masalah kekurangan bekalan telur ayam gred A, B dan C di beberapa negeri namun bekalan itu telah diterima semula dalam tempoh kurang tiga hari berbanding situasi biasa yang berlaku ketika musim cuti sekolah serta perayaan.

Menurutnya bagi isu bekalan ayam pula, tiada premis runcit dilaporkan mengalami gangguan bekalan berbanding 93 premis yang dilaporkan pada dua minggu pertama pelaksanaan Op Terjah di seluruh negara.

Salahuddin berkata pihaknya juga telah mengenal pasti pembekal minyak masak paket dan mewujudkan kerjasama berterusan bersama pihak pembungkus minyak masak bagi menyegerakan penghantaran bekalan itu untuk menangani isu kekurangan bahan di pasaran.

"Isu bekalan gula dan tepung gandum juga dilihat tidak kritikal sepanjang tempoh pelaksanaan operasi ini. Namun, kementerian tetap mengambil tindakan dengan membantu peringkat runcit dalam mempercepatkan proses pengedaran bekalan daripada peringkat kilang kepada pemborong," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata selain memberi pendidikan, nasihat dan amaran agar peniaga mematuhi undang-undang, pihak KPDN turut mengadakan sesi libat urus di semua peringkat rantaian bekalan serta pemegang taruh bagi membantu melancarkan pengedaran.

Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada KPDN melalui WhatsApp di 019-2794317 atau 019-8488000; Portal Aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my; Pusat Panggilan 1-800-886-800; emel [email protected]; dan Ez ADU KPDN. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad