web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Kerajaan Perlu Fahami, Terjemah Konsep Malaysia Madani - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 6:40PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain menterjemahkan konsep yang dicetuskan Anwar Ibrahim itu kepada modifikasi terhadap dasar sedia ada, ia harus diimplementasi oleh semua pihak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan mahupun negeri perlu memahami dan melaksanakan tindakan susulan bagi menterjemah keberkesanan konsep 'Malaysia Madani’ dalam dasar kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain menterjemahkan konsep yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kepada modifikasi terhadap dasar sedia ada, ia harus diimplementasi oleh semua pihak.

"Dalam hal ini, perdana menteri melontarkan pandangan mengenai masyarakat Madani sejak lebih suku abad lalu. Apabila beliau ditakdirkan menjadi nahkoda kepada kerajaan yang ada, tentunya kerajaan diketuai beliau dan dukungan daripada pelbagai parti (politik) harus memberikan penghayatan terhadap pelaksanaan dan juga tindakan susulan kepada pelaksanaan berkenaan.

“Akhirnya, kita lihat bahawa masyarakat harus digaris bawahi dengan penuh kesejahteraan, maka ukuran kesejahteraan itulah yang disebutkan perdana menteri dalam ucapan ulung tadi yang memperlihatkan akhirnya keterangkuman daripada pelbagai kumpulan masyarakat, bangsa, agama, bahasa dan wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri amanat Perdana Menteri bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. 

Madani itu diacu berteraskan enam tonggak iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyifatkan konsep Madani bukan sekadar idealisme baharu untuk meninggalkan dasar-dasar lama kerajaan tetapi pelaksanaan tersebut perlu dilakukan dengan minda Madani.

"Ini pendekatan baharu yang cukup lama ditunggu oleh masyarakat yang selama ini memperoleh bantuan daripada kerajaan dalam apa bentuk pun supaya bantuan-bantuan ini biarpun diteruskan, namun ada nilai kerohanian bagi menjadikan masyarakat dipertingkatkan taraf hidupnya dan tidak dipinggirkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar