web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Pulau’ Filem Seram Bukan Porno, ‘Terdapat Perbezaan Kandungan Trailer…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 12:23PM

Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengesahkan ‘Pulau’ adalah sebuah filem seram dan bukannya porno seperti yang digembar-gemburkan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi satu kenyataan dalam mengumumkan keputusan LPF berkata, lembaga itu mendapati terdapat perbezaan antara kandungan trailer yang dikongsikan di media sosial dengan kandungan dikemukakan untuk penapisan.

“LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem ‘Pulau’ yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum setelah promosi filem terbabit dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan trailer menerusi media sosial.

“Trailer filem itu ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet), maka didapati kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, LPF melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.

Katanya, dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010.

“Ia merangkumi empat aspek iaitu keselamatan dan ketenteraman awam; keagamaan; sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan.

“LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, LPF amat menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan penapisan filem di negara ini.

Katanya, LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem.

Terdahulu, sebaik trailer filem ‘Pulau’ yang mengisahkan kembara sekumpulan anak muda ke sebuah pulau berhantu dimuat naik di YouTube, lima hari lalu, laman sembang kecoh dengan kritikan netizen yang mempersoalkan bagaimana naskhah arahan Euho itu lulus tayangan pawagam.

Rata-rata netizen terkejut dengan paparan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini dan adegan intim ala Hollywood.

Malah tidak kurang juga netizen yang mengklasifikasikan naskhah terbabit sebagai ‘soft porn’ yang dianggap keterlaluan dan bercanggah dengan nilai moral bagi filem tempatan.

Kontroversi dicetuskan filem ‘Pulau’ turut mendapat perhatian Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan tayangan filem terbabit. - Getaran, 19 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad