web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semua Masjid, Surau Johor Dilarang Sebar Propaganda Politik - TMJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 12:26PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Semua masjid dan surau di negeri ini dilarang menyebarkan sebarang propaganda politik, susulan arahan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Malay Mail yang memetik kenyataan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Johor (MAINJ) Mohd Fared Mohd Khalid melaporkan, larangan tersebut selaras dengan Seksyen 96 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

Bercakap kepada pemberita, Fared menjelaskan, tindakan akan diambil ke atas pihak yang melanggar larangan tersebut.

Beliau menambah, aktiviti seperti ceramah agama, usrah dan perkongsian ilmu agama perlu memperoleh kebenaran Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Sementara itu, penceramah yang terbabit dalam perkongsian ilmu juga perlu diiktiraf secara rasmi oleh MAINJ.

Jelas Fared, garis panduan berhubung larangan tersebut akan diedarkan ke seluruh 850 masjid dan 2,000 surau di Johor.

Mengekalkan masjid sebagai premis ibadah dan institusi yang menitik beratkan aktiviti keagamaan adalah antara faktor diberikan Fared, di sebalik larangan terbabit.

“Masjid adalah tempat berhimpun umat Islam untuk acara keagamaan, mesyuarat berkaitan perpaduan ummah.

“Bagaimanapun, masjid dan surau sering disalah guna oleh pihak yang tidak sensitif apabila program keagamaan bercampur elemen politik, menyebabkan salah faham dan perpecahan dalam kalangan umat Islam,” kata Fared.

Ini bukan kali pertama larangan seumpama itu dikeluarkan, malah Fared mengingatkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menitahkan MAINJ mengambil tindakan ke atas pegawai masjid yang memberi kebenaran kepada ahli politik menjalankan aktiviti mereka. - The Vibes, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad