web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekalan Semakin Pulih Tapi MAFS Peroleh Markah ‘Tercorot’ Isu Telur Ayam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 9:00PM

MAFS mendapat markah ‘tercorot’ menerusi laporan penilaian persepsi rakyat berikutan isu kekurangan bekalan ayam dan telur yang berlarutan sehingga menimbulkan keresahan orang ramai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mendapat markah ‘tercorot’ menerusi laporan penilaian persepsi rakyat berikutan isu kekurangan bekalan ayam dan telur yang berlarutan sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Perkara itu didedahkan Menterinya, Mohamad Sabu yang memaklumkan semua kekurangan tersebut berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun beliau berkata, bekalan ayam dan telur khususnya di pasaran semakin pulih susulan langkah sementara diambil kerajaan membenarkan bahan mentah itu diimport.

Katanya, ini terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada bulan lalu hanyalah sebanyak sejuta berbanding situasi kritikal sebelum itu pada November iaitu kira-kira 157 juta dan 118 juta pada Oktober.

“Alhamdulillah dengan kerja keras warga MAFS pada Disember lalu, kekurangan telur hanya satu juta biji sahaja. Sekarang ini bekalan ayam dan telur sudah mula pulih dan insyaAllah akan kembali stabil tidak lama lagi. 

“Pada saya ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana dalam tempoh sebulan, MAFS telah berjaya mengatasi kekurangan telur daripada 157 juta biji pada November 2022 kepada sejuta biji pada Disember lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, selepas menerajui kementerian, Mohamad berkata, beliau bersama pengurusan tertinggi MAFS mengadakan pertemuan dengan beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.

“Pada masa sama, MAFS cuba mencari sumber alternatif dari negara luar untuk mencukupkan bekalan. Maka bermula Disember, kita telah membenarkan telur diimport sebagai langkah sementara untuk mencukupkan bekalan dalam negara.

“Pengeluar telur tempatan amat mengharapkan hasil eksport telur itu untuk menampung kerugian yang mereka alami di pasaran kerana kawalan harga yang dikenakan terlalu lama boleh menyebabkan lebih banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi,” katanya.

Sementara itu, Mohamad atau lebih mesra disapa Mat Sabu berkata, kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama telah menekan pengeluar telur tempatan. 

“Susulan itu, MAFS telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kewangan untuk mencari jalan agar kawalan harga dapat dihentikan.

“Namun saya meminta subsidi bersasar diberikan kepada rakyat susah terlebih dahulu sebelum harga telur hendak diapungkan semula,” katanya.  - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKM Optimis Kemuka Penyelesaian Isu Padi, Beras Seperti Diarah PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Facebook Mat Sabu Digodam

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Poster Mat Sabu Promosi Pelaburan Patuh Syariah Palsu, ‘Menteri Tak Pernah Izinkan’

4

Politik 3 tahun yang lalu

‘Susah Bersahabat Dengan PAN, Hanya Boleh Jadi Kawan Tapi…’ - Puad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad