web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Guru Besar Beri Alasan Sudah Biasa Keluar Wang Tanpa Polis Pengiring

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 1:07PM

ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya tidak pernah menerima permohonan polis pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun itu untuk tujuan transaksi berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Beranang dekat sini, yang kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya, memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan itu tanpa polis pengiring. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya tidak pernah menerima permohonan polis pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun itu untuk tujuan transaksi berkenaan. 

“Berdasarkan keterangan guru besar itu, mangsa yang berpengalaman 10 tahun mengendalikan transaksi pengeluaran wang tidak buat sebarang permohonan polis pengiring.

“Sepanjang tempoh 10 tahun itu, mangsa tidak pernah mengalami situasi sedemikian dan bagi saya amat ralat kerana pihak sekolah boleh meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat transaksi pengeluaran wang di bank,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 19/13 sempena Tahun Baharu Cina 2023 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini, hari ini.

Mohd Zaid berkata polis sudah selesai merakam keterangan beberapa individu termasuk guru besar terbabit bagi membantu siasatan. 

“Kami akan melakukan siasatan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut termasuk bagi mengenal pasti jika ada unsur-unsur kecuaian atau penglibatan ‘orang dalam',” katanya.

Selain itu, beliau berkata polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi mengenal pasti individu yang keluar dan masuk dari bank berkenaan.

Semalam, seorang guru besar kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya di Semenyih dekat sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Maut Minum Metadon: Ubat Milik Bapa, Tiada Unsur Jenayah - Polis 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

2 Termasuk Remaja Lelaki Maut Kereta Terjunam Dalam Gaung

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Wanita Bukan Warganegara Ditahan, Langgar 3 Motosikal, Serang Orang Awam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Buru 5 Lelaki Menyamar Polis, Samun Keluarga Pesara Di Semenyih

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad