web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuti Tahun Baharu Cina: Kenderaan Di Lebuh Raya KL-Karak Dijangka Bertambah 71 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 7:26AM

PDRM menjangkakan pertambahan 71 peratus jumlah kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berbanding hari biasa sepanjang cuti perayaan sempena Tahun Baharu Cina Ahad ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pertambahan 71 peratus jumlah kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berbanding hari biasa sepanjang cuti perayaan sempena Tahun Baharu Cina Ahad ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata dianggarkan sebanyak 171,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu setiap hari bermula Jumaat ini berbanding purata penggunaan harian iaitu 100,000.

"PDRM akan terus mengatur strategi dan mengambil segala inisiatif bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan termasuk memberi fokus kepada penguatkuasaan undang-undang, advokasi dan pencegahan jenayah serta kehadiran polis di lokasi, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat-19 Kontinjen Selangor sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Gombak hari ini.

Beliau berkata menerusi Op Selamat-17 sempena perayaan Tahun Baharu China tahun lepas, sejumlah 2,810 kemalangan direkodkan dengan 21 kematian berbanding 4,824 kes dan 23 kematian dalam Op Selamat-16 pada 2020. 

Sasikala berkata pihaknya turut mengenal pasti enam lokasi hotspot kemalangan dan kesesakan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang Utara, Hulu Selangor, Gombak serta Ampang.

Beliau turut menasihati orang ramai yang ingin pulang supaya mengisi maklumat balik kampung bagi mengurangkan risiko kes pecah masuk rumah.

"Orang ramai boleh hubungi mana-mana balai polis berdekatan atau mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh dimuat turun di portal PDRM," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

3

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 3 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar