web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Status Wilayah Sabah, Sarawak Tunjukkan Keprihatinan Kerajaan Perpaduan Terhadap MA63

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 7:47AM

Kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri dilihat sangat prihatin berhubung hal-hal dalam MA63. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kedudukan status Sabah dan Sarawak kepada wilayah jelas menunjukkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil perhatian terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata ia merupakan satu lagi langkah positif dalam merealisasikan MA63.

"Alhamdulillah dari semasa ke semasa, Kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri dilihat sangat prihatin berhubung hal-hal dalam MA63," katanya kepada pemberita selepas Program Wam2Care bersama 300 mahasiswa dan mahasiswi Sabah di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 dilaporkan berkata kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah.

Sebelum ini, Anwar berkata Kementerian Kewangan bersetuju agar pelaksanaan projek dengan kos di bawah RM50 juta di Sabah dan Sarawak diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan perlu mematuhi peraturan kewangan.

Sementara itu, Mohd Arifin yang sebelum ini Menteri Tugas-Tugas Khas negeri berkata beliau akan mendapatkan taklimat berkaitan portfolio baharunya selepas terlibat dalam rombakan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah baru-baru ini.

"Sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang baharu, saya akan mendapatkan taklimat pada Selasa ini daripada kementerian berkenaan, saya difahamkan kementerian telah menyusun program lima tahun dan pelbagai usaha telah dirancang untuk majukan Sabah," katanya.

Menurutnya antara projek utama yang akan dilakukan ialah mewujudkan Pusat Sains Negeri Sabah yang mendapat bantuan daripada kerajaan pusat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran