web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menara Telekomunikasi Terjejas Akibat Banjir Di Kelantan Selesai Dibaiki - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 9:43AM

Fahmi Fadzil (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Pengurus Teknikal Pantai Timur Celcom Digi Amir Miraj (kanan) ketika hadir meninjau menara telekomunikasi di Jalan Bendang Pa’ Yong, Kelantan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 100 menara telekomunikasi di Kelantan yang rosak akibat banjir telah selesai dibaiki serta berfungsi seperti biasa, kata Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata kerja baik pulih yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu juga antara lain melibatkan penambahbaikan kepada 127 menara telekomunikasi di Kelantan.

“Alhamdulilah semuanya telah diperbaiki dan berfungsi. Ini merupakan komitmen Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memastikan setiap fasiliti telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir berfungsi dengan baik,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Fahmi berkata MCMC juga telah menambah baik sebuah menara telekomunikasi di Bendang Pak Yong, Tumpat menggunakan konsep Rangkaian Teras Operator Berbilang (MOCN) manakala Tenaga Nasional Berhad meninggikan tapak sembilan substesen yang berdekatan bagi memastikan punca bekalan elektrik tidak terjejas akibat banjir.

“KKD akan terus memastikan kebajikan rakyat dibela tanpa diskriminasi termasuk di negeri yang diperintah oleh pembangkang… Selain menyantuni dan memahami keperluan rakyat di peringkat akar umbi, pendekatan rahmah ini diyakini mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan,” katanya. 

Beliau berkata KKD turut berkesempatan menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada 450 penerima melibatkan penduduk sekitar Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kuala Krai serta pengamal media dan warga kementerian itu yang terkesan akibat banjir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran