web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Kaji Semula Harga Siling Ayam - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 8:23PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Penetapan harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam standard di pasaran akan dikaji semula bagi memastikan rakyat mendapat sumber protein itu pada harga yang lebih stabil.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata berikutan bekalan ayam di pasaran sudah pulih, pihaknya akan melakukan perbincangan dengan pemain industri itu untuk menentukan harga siling baharu dalam masa terdekat.

“Harga siling setakat ini kita kekal RM9.40 sekilogram tetapi saya lihat di seluruh negara pada hari ini syarikat-syarikat bermurah hati untuk menjual di bawah harga siling, ada yang jual RM7.90 sekilogram, ada jual RM8.90 sekilogram.

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana insentif mereka ini memberikan banyak ruang kepada rakyat untuk mendapatkan harga yang lebih murah,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah pusat jualan ayam di sini hari ini.

Ditanya sama ada harga siling baharu itu nanti akan lebih murah berbanding harga siling semasa atau sebaliknya, Salahuddin berkata perkara itu akan ditentukan kemudian dan berharap rundingan baik dapat dilakukan dengan pemain industri.

Salahuddin berkata selain mengadakan perbincangan dengan pembekal dan penjual ayam, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan pemain utama industri itu bagi mendapatkan perincian berhubung isu bekalan ayam di pasaran.

Beliau berkata pertemuan itu diharap dapat mengenal pasti punca kepada masalah yang berlaku dan mencari penyelesaian supaya rantaian bekalan di pasaran dapat diperbaiki.

“Ada empat syarikat besar yang saya akan umumkan nanti, saya akan meneruskan libat urus ini terus kepada mereka, kepada punca dari mana masalah ini berlaku.

“Jadi tunggu dulu, biar saya dapatkan fakta-fakta yang lebih lengkap daripada kementerian (KPDN), daripada MAFS (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Kementerian Ekonomi dan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri),” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru peruncit khususnya di kawasan luar bandar untuk mendaftar dengan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) yang diwujudkan kementerian bagi membolehkan mereka mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi secara terus daripada pembekal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad