web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Santuni Warga Negeri Sembilan, Jamu Selera Di Kedai Cendol Songkok Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 2:56PM

Anwar Ibrahim melambai kepada para hadirin di Masjid Dato' Klana Petra Mohd Yusof, Sikamat, Negeri Sembilan selepas menunaikan solat Jumaat hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyantuni warga Negeri Sembilan dan menjamu selera di kedai Cendol Songkok Tinggi Kampung Jiboi Baru, di sini.

Beliau yang tiba pada 12.30 tengah hari disambut pemilik gerai Ahmad Dani Daud dan meluangkan masa kira-kira setengah jam sambil beramah mesra bersama ratusan pengunjung yang turut tidak melepaskan peluang merakam gambar kenang-kenangan bersama pemimpin nombor satu negara itu.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek.

Selain cendol yang merupakan menu utama kedai itu, Anwar turut mencuba beberapa juadah lain termasuk mi rebus Johor, laksa Johor dan jemput-jemput.

Selesai menjamu selera, beliau kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat.

Dalam pada itu, Ahmad Dani berkata sejak dimaklumkan mengenai kehadiran Perdana Menteri dua hari lepas, perasaannya bercampur baur dan teruja selain tidak menyangka pemimpin berkenaan akan singgah ke kedainya. 

“Sebelum ini memang ramai selebriti datang ke kedai kami termasuk Uji Rashid dan Datuk Rahim Razali, malah Menteri Besar pun selalu datang tapi Perdana Menteri memang ini kali pertama, ia adalah sejarah bagi kedai kami.

“Ini adalah  kebanggaan dan kehormatan buat kami, dapat jamu orang ternama. Tidak pernah saya membayangkan pemimpin utama negara akan singgah dan menikmati 'air tangan kami',” katanya kepada pemberita.

Ahmad Dani berkata bagi memastikan kelancaran operasi gerainya ketika kunjungan Perdana Menteri, beliau menggupah 10 pekerja tambahan bagi membantu enam pekerja sedia ada yang telah membuat persiapan sejak dua hari lepas.

Kedai Cendol Songkok Tinggi Kampung Jiboi Baru yang beroperasi sejak November 2017 itu boleh memuatkan lebih 200 pengunjung pada satu-satu masa dan lebih istimewa pekerja di kedai terbabit perlu bersongkok tinggi serta berbaju melayu atau kemeja petak-petak bersama tag nama yang merupakan trademark kedai berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran