web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Dalam Guni Ditemukan Di Klang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 11:42AM

Siasatan awal yang dijalankan mendapati mayat dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih dan keadaan mayat telah mulai mereput - Gambar Facebook Polis Klang Utara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Satu mayat lelaki yang mulai mereput ditemukan di dalam sebuah guni di tepi jalan sekitar Aman Perdana, Klang petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pada kira-kira 6.10 petang, pihaknya menerima aduan berkenaan satu mayat yang ditemukan oleh orang awam di dalam guni berwarna putih di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Aman Perdana, Klang. 

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mayat dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih dan keadaan mayat telah mulai mereput. Mayat itu tidak dapat dikenal pasti bangsanya.

“Keadaan mayat hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju dan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. 

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP You Swee Leong menerusi nombor telefon 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang  Utara (03-32912222) atau mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam