web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Barangan Diwartakan Dalam SHMMP Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 7:06PM

Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Tahun Baharu Cina 2023 akan berlangsung selama 15 hari berkuat kuasa dari 15 hingga 29 Januari - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebanyak lapan jenis barangan diwartakan  dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Tahun Baharu Cina 2023 yang akan berlangsung selama 15 hari berkuat kuasa dari 15 hingga 29 Januari nanti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata lapan barangan itu ialah ikan bawal putih seberat antara 200 hingga 400 gram seekor; udang putih (antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram) dan bawang putih dari China.

Selain itu, ubi kentang import (China); kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing); babi hidup yang kawalan di peringkat ladang sahaja; daging babi bahagian perut dan daging babi (daging dan lemak).

"Pihak penguat kuasa kita akan memantau dan kawal harga ini untuk tujuh hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tujuh hari selepas perayaan," katanya pada sidang media di sebuah pasar raya di sini hari ini sebelum membuat tinjauan barangan keperluan di situ.

Salahuddin berkata harga maksimum di peringkat runcit yang ditetapkan bagi ikan bawal putih ialah RM42 sekilogram manakala udang putih (RM39 sekilogram ); bawang putih (RM8.50 sekilogram); ubi kentang (RM4 sekilogram); kubis bulat (RM4 sekilogram); babi hidup kawalan peringkat ladang sahaja (RM15 sekilogram);  daging babi bahagian perut (RM36 sekilogram) dan daging babi (daging dan lemak) RM25  sekilogram.

"Jadi saya harap tidak berlaku mana-mana peniaga ataupun premis yang didenda ataupun diambil tindakan oleh pihak berkuasa...berilah kerjasama supaya kita dapat untuk berikan sedikit kegembiraan kepada rakyat khususnya pada masa sekarang ini kita menghadapi isu kos sara hidup," katanya 

Untuk rekod, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan dengan tidak mematuhi peraturan skim harga maksimum itu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sementara itu, beliau berkata bekalan telur mencukupi di pasaran namun hasil tinjauan pihaknya terutamanya selepas pelancaran Ops Terjah mendapati lokasi tertentu kekurangan bekalan telur itu.

Sehubungan itu, Salahuddin meminta pengguna membuat laporan terus sekiranya menghadapi masalah bekalan berkenaan di kawasan mereka untuk tindakan segera diambil pihaknya. 

"Sepanjang kita buat Ops Terjah ini, semalam saya dapat laporan di Jempol (tempat yang kekurangan bekalan telur), sebelum itu saya dapat laporan ada berlaku di Johor Bahru, sebelum itu kita dapat laporan di sempadan Kedah.

Jadi, saya telah meminta pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan serta-merta dan perkara itu kita boleh atasi dalam kadar yang cepat," katanya.

Beliau berkata hasil daripada mesyuarat pihak kementeriannya dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) yang isu bekalan telur itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad