web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FMM Sambut Baik Pengumuman Kerajaan Mengenai Peraturan Pengambilan Pekerja Asing

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 9:57AM

FMM juga berharap peraturan pengambilan pekerja asing yang sama dilonggarkan untuk memohon pengambilan semula pekerja tanpa dokumen - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik pengumuman kerajaan untuk melonggarkan peraturan pengambilan pekerja asing dan program rekalibrasi dilanjutkan di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin 2.0 (IIRP 2.0).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menghapuskan prasyarat sedia ada termasuk kuota dan membenarkan pengambilan dijalankan berdasarkan kemampuan dan keperluan syarikat melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing,

Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan semalam berkata industri menyambut baik perhatian diberikan kerajaan terhadap keperluan buruh yang dibangkitkan oleh industri walaupun pelan itu adalah langkah sementara untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana mengiktiraf kepentingan dan peranan pekerja asing sebagai pelengkap dalam menyokong pemulihan ekonomi terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan yang berpanjangan ini, tahun 2023 dijangka sebagai tahun yang sukar kerana pertumbuhan global dijangka perlahan, inflasi global kekal tinggi dan jumlah dagangan kepada kontrak,” katanya.

Beliau berkata program rekalibrasi dilanjutkan khusus untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (MRP) sehingga Disember 2023 adalah langkah baik kerana mereka yang layak untuk skim tersebut adalah pekerja berpengalaman dan terlatih sekali gus mengurangkan masa diperlukan untuk memberi mereka latihan atau dilatih semula oleh majikan baharu.

Bagaimanapun, beliau berkata FMM ingin mencadangkan supaya pelaksanaan IIRP 2.0 itu lebih sesuai diuruskan Jabatan Imigresen kerana ia akan menghapuskan kekeliruan dalam proses tersebut dan orang tengah yang cuba mengambil kesempatan daripada skim itu dengan menawarkan pekerja dengan bayaran.

Soh berkata berkata IIRP 2.0 juga harus memenuhi keperluan pekerja tanpa dokumen yang mahu pulang ke negara asal mereka tanpa disenarai hitam serta mereka dan diambil semula bekerja secara sah.

FMM juga mencadangkan agar kerajaan menyediakan repositori pekerja yang tersedia di pusat tahanan dan pekerja bagi majikan yang tidak dapat memperbaharui permit mereka atau menghantar mereka balik semasa pandemik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), justeru mereka yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin harus dipertimbangkan dimasukkan dalam skim tersebut, katanya.

Beliau juga berharap peraturan pengambilan pekerja asing yang sama dilonggarkan untuk memohon pengambilan semula pekerja tanpa dokumen.

Soh berkata keseluruhan proses itu juga harus dijalankan secara dalam talian termasuk memperkenalkan fleksibiliti pada mod pembayaran, ia akan membolehkan lebih ramai pekerja diproses melalui satu penyerahan permohonan kerana pada masa ini terdapat had pembayaran yang dikenakan untuk setiap pembayaran kad debit/kredit.

“Kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk menyemak semula caj kompaun dengan menurunkannya kepada RM900 sama seperti kadar untuk Program Penggajian dan Penempatan Semula yang dilaksanakan sebelum ini pada 2016 daripada RM1,500 yang dikenakan sekarang.

“Sementara itu prosedur dan syarat juga mesti dijelaskan kepada pihak kedutaan yang akan memudahkan pembaharuan atau pengeluaran pasport baharu bagi warganegara mereka yang mahu diambil bekerja semula secara sah,” katanya.

Beliau berkata industri menyambut baik butiran mengenai Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan IIRP 2.0, FMM berharap ia akan dikeluarkan tidak lama lagi dan sebaik-baiknya menganjurkan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk pemahaman dan tafsiran yang jelas mengenai prosedur baharu tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar