Berita Terkini

3 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Had Usia, Kuota Haji Kembali Normal - Menteri Haji Dan Umrah Arab Saudi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 1:10PM

Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah jemaah haji luar negara diumum kembali seperti sebelum pandemik COVID-19 dan tanpa sebarang had usia.

Perkara ini diumumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah awal pagi ini (waktu tempatan) pada upacara pembukaan persidangan dan pameran ‘Ekspo Haji 2023’ yang akan berlangsung sehingga 12 Jan.

Menurutnya berita gembira ini bakal membolehkan dua juta umat Islam dari luar Arab Saudi dan kira-kira 200,000 umat Islam domestik menunaikan ibadah haji dengan mudah dan senang.

“Saya hendak umumkan satu berita gembira.

“(Mengenai) Jumlah jemaah haji... sejak tercetusnya pandemik pada 1441 Hijrah (2020 Masihi), Arab Saudi telah mengenakan sekatan bilangan dan usia tertentu untuk menunaikan haji,” katanya.

Al-Rabiah berkata: “Pada musim 1444 Hijrah (tahun ini), ia akan kembali seperti sebelum pandemik, tanpa sebarang sekatan umur.”

Jumlah jemaah haji ke Baitullah pada musim haji 1443 Hijrah (2022 M) mencecah 899,353 jemaah termasuk 779,919 jemaah antarabangsa daripada jumlah keseluruhan sejuta jemaah yang dibenarkan.

Musim haji 1442 Hijrah (2021 Masihi) pula menyaksikan penyertaan haji dihadkan kepada 60,000 jemaah domestik, di bawah kawalan kesihatan ketat pada masa itu akibat pandemik.

Tahun 1441 Hijrah (2020 Masihi) turut menyaksikan penurunan jumlah kuota yang drastik, apabila hanya kira-kira 10,000 jemaah domestik dibenar menunaikan haji, berbanding 2.5 juta pada tahun 1440 (2019 M) dari seluruh dunia.

Persidangan dan pameran ‘Ekspo Haji 2023’ anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi itu berlangsung dari 9 hingga 12 Januari 2023.

Diadakan selama empat hari acara itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk membina ekosistem perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji, di samping meningkatkan pengalaman keagamaan dan budaya mereka.

Acara itu juga bertujuan mewujudkan ekosistem bersepadu dan lestari yang menambah baik pengalaman jemaah haji, menjangkakan arah aliran masa depan mereka dan mewujudkan peluang kerjasama, perjanjian serta inisiatif tempatan dan antarabangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Khobar, Arab Saudi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Thailand Layak, Indonesia Bertuah Ikut Serta Ke Pusingan 16 Terbaik

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

Semasa 1 jam yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 1 hari yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi