web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prestasi Kerajaan Sabah Kini Baik, Sekarang Bukan Masa Cetus Ketidakstabilan Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 1:36PM

Shahelmey bersedia menghadapi sebarang tindakan tataterbit oleh BN Sabah kerana mengingkari keputusan partinya. - Gamar oleh Jason Santos

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Shahelmey Yahya hari ini mendedahkan alasan di sebalik tindakan beliau menentang keputusan parti itu menarik diri daripada kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

ADUN Tanjung Keramat yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk mencetuskan ketidakstabilan politik di negeri berkenaan.

“Kerajaan GRS-BN menunjukkan prestasi baik dalam tempoh dua tahun ini. Hasil negeri dan pelaburan asing meningkat lebih RM33 bilion.

“Mengapa kita perlu mengubah keadaan ini tanpa alasan konkrit?

“Tindakan sedemikian akan menunjukkan ketidakstabilan politik dan menjejaskan keyakinan pelabur, menghalang pihak terbabit melabur ke Sabah,” katanya kepada media.

GRS dan BN membentuk kerjasama untuk mentadbir Sabah selepas pilihan raya negeri (PRN) pada 2020.

Krisis politik kini berlaku di negeri berkenaan, selepas Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan penarikan BN Sabah daripada kerjasama dengan GRS malam tadi kerana mendakwa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kehilangan sokongan majoriti.

Bung berkata, hanya lima daripada 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah tidak bersetuju dengan keputusan itu, termasuk Shahelmey.

Selain Shahelmey, empat individu lain adalah Datuk James Ratib (ADUN Sugut dan Timbalan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah), Jasnih Daya (ADUN Dalit dan Timbalan Menteri Kewangan Sabah), Andi Muhammad Suryadi Bandy (ADUN Tanjung Batu dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sabah) serta Datuk Mohd Arsad Bistari (ADUN Tempasuk).

Pada masa sama, Shahelmey berkata, beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan tataterbit oleh BN Sabah kerana mengingkari keputusan partinya.

Ahli Parlimen Putatan itu yang turut berisiko kehilangan kerusinya kerana menentang pendirian gabungan berkenaan, mengulangi kenyataannya bahawa pengundi tidak mahu perubahan dalam kerajaan negeri ketika ini.

“Sekarang bukan masa sesuai (melakukan perubahan). Sekarang masa untuk bekerja, membangunkan ekonomi dan negeri,” katanya.

Selain itu, wujud spekulasi bahawa 13 ADUN BN Sabah yang menyokong Bung, mahu menjalin kerjasama dengan Parti Warisan (WARISAN) untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 79 kerusi dan gabungan memerlukan majoriti mudah 40 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

GRS kini mendapat sokongan 34 ADUN, iaitu 29 daripada parti itu sendiri, ditambah lima daripada BN yang tidak bersetuju dengan keputusan Bung Moktar untuk keluar daripada gabungan berkenaan.

Sumber memberitahu The Vibes bahawa GRS boleh memperoleh sehingga 36 kerusi dengan mengambil ADUN daripada parti lebih kecil, yang akan menyamai pihak lawan, iaitu 13 daripada Bung Moktar, WARISAN (19), Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3) dan Bebas (1).

Terdahulu, Hajiji memaklumkan beliau akan merombak Kabinet Sabah, sebelum pengumuman Bung malam tadi.

Jika Hajiji menggantikan semua wakil BN dalam Kabinet, Shahelmey akan kehilangan jawatannya sebagai menteri negeri berkenaan. - The Vibes, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

3

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad