web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imigresen Bongkar Kegiatan Keluarkan Kad Pelarian Tidak Sah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 11:00AM

Pengeluaran kad pelarian kepada etnik Chin dari Myanmar itu didalangi sebuah pertubuhan tidak berdaftar hasil serbuan di kawasan flat di Jalan Imbi di sini, tengah malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen membongkar satu kegiatan pengeluaran kad pelarian kepada etnik Chin dari Myanmar yang didalangi sebuah pertubuhan tidak berdaftar hasil serbuan di kawasan flat di Jalan Imbi di sini, tengah malam tadi. 

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata pertubuhan berkenaan beroperasi di sebuah rumah flat di kawasan berkenaan sejak 2009 berdasarkan kepada papan tanda dan dokumen yang dirampas.

Beliau berkata pertubuhan berkenaan mengeluarkan kad yang tidak diiktiraf kerajaan menggunakan mesin sendiri di pejabat mereka dan mengenakan bayaran keahlian RM500 seorang serta pelbagai bayaran lain.

“Berdasarkan resit-resit bayaran yang dirampas dianggarkan seramai 1,000 orang etnik Chin telah menjadi anggota pertubuhan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi selama dua jam itu yang berakhir pada 2.30 pagi tadi.

Menurut Khairul Dzaimee kad memaparkan bahawa pemegang merupakan pelarian etnik Chin yang sedang menunggu kebenaran untuk ke negara ketiga.

Khairul Dzaimee berkata pihaknya akan mengesan dalang pertubuhan berkenaan dan percaya ia didalangi individu daripada etnik berkenaan.

"Barangan yang dirampas pada operasi ini akan dirujuk kepada agensi-agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftar Pertubuhan," katanya.

Mengulas mengenai operasi tengah malam tadi, Khairul Dzaimee berkata seramai 1,051 warga asing dari Bangladesh, Pakistan, Nepal, Myanmar, Indonesia dan India diperiksa.

Beliau berkata 544 daripadanya yang berusia lingkungan setahun hingga 68 tahun ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen seperti tiada dokumen perjalanan, dokumen perjalanan tamat tempoh dan salah guna pas lawatan sosial.

Turut ditahan 30 kanak-kanak etnik Chin berusia antara setahun dan 10 tahun.

Menurutnya semua yang ditahan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Seramai 115 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen dibantu 43 anggota lain-lain jabatan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi ini," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Geng Sojul' Seludup Migran Tumpas, 2 ‘Transporter' Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar