web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Media Harus Baiki Penyampaian Maklumat Bagi Generasi Muda - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 7:00AM

Peranan media di negara ini tidak boleh diremehkan, walaupun terdapat trend media sosial yang lebih berkesan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Media sosial dan media arus perdana harus diperbaiki dari segi penyampaian maklumat atau fakta, agar ia sampai kepada golongan generasi muda di negara ini bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan trend negatif di media sosial.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun kadang-kala generasi muda terpengaruh dengan trend di media sosial, namun beliau yakin pemikiran golongan itu mungkin akan berubah jika berjaya menghadam kenyataan sebenar dengan bantuan media.

“Generasi muda ini anak-anak kita, kalau dia tidak dengar, ada kelemahan...kita tidak sampaikan dengan baik, umpamanya soal kaum dan agama. Itu sebahagiannya sahaja.

“Jangan kita runsing sangat, ini hanya episod sementara,” katanya dalam temu bual Naratif Khas Bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Anwar berkata melalui perjumpaan bersama anak-anak muda, beliau mendapati golongan itu dahagakan fakta, perubahan dan mahukan nasib mereka terbela.

Sementara itu, Anwar bersetuju bahawa peranan media di negara ini tidak boleh diremehkan, walaupun terdapat trend media sosial yang lebih berkesan.

Beliau berkata media bukan hanya saluran bagi kerajaan atau pemimpin negara untuk menyampaikan maklumat, sebaliknya ia juga platform bagi mendapatkan maklumat kegelisahan dan kritikan rakyat bagi membantu negara.

“Saya tidak ada masalah (dengan keterbukaan media), bahkan di Parlimen, orang (Ahli Parlimen) menyanggah, saya mendengar. Cuma apabila dia menjadi racun di bibir, menjadikan tempat itu menggempurkan maki hamun, gunakan nama Islam dan dakwah, kita kena jaga juga perbedaannya,” katanya.

Selain ekonomi, teknologi dan digital, Perdana Menteri berkata budaya dan sastera yang dimiliki oleh media dan para wartawan juga amat penting dalam kehidupan manusia dan pembangunan negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam