web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-kanak 3 Tahun Lemas Selepas Terjatuh Dalam Tali Air

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 7:46AM

Kanak-kanak berusia 3 tahun maut selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Tin, Melor, Kelantan, petang semalam. - Gambar Sinar Harian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kubang Tin, Melor, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 4.33 petang hasil maklumat orang awam mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata sebaik menerima laporan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Polis Melor bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika yang lengkap berpakaian ditemukan terapung di dalam tali air yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah keluarganya.

“Pihak bomba telah membawa mayat mangsa ke tebing, namun petugas Klinik Kesihatan Mahligai mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahim berkata kali terakhir Muhammad Huffaz dilihat oleh neneknya kira-kira 3 petang ketika sedang bermain di dalam rumah.

“Polis juga mendapati tiada kesan kecederaan mencurigakan ke atas mayat kanak-kanak terbabit dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. 

Beliau berkata berdasarkan laporan, ahli keluarga mangsa tidak sedar bahawa Muhammad Huffaz telah keluar dari rumah sehingga dimaklumkan oleh seorang jiran pada 4.45 petang.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad