web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Umat Islam Harus Galas Azam Hadapi Cabaran 2023, Pastikan Kestabilan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 8:07PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam diseru menggalas azam sebaik mungkin untuk memastikan situasi negara ini stabil, termasuk politik, ekonomi dan kesihatan bagi membantu menangani cabaran pada masa depan.

Seruan itu adalah penekanan diperincikan menerusi Khutbah Jumaat di seluruh Perak hari ini.

Khutbah tersebut menegaskan, kestabilan politik boleh dicapai melalui kerajaan yang mendapat keyakinan, kepercayaan dan sokongan rakyat.

“(Kestabilan itu melalui) kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat bawahan dan membela nasib golongan miskin.

“(Ia juga melibatkan) sebuah kerajaan yang mampu membuktikan berlaku keadilan, tertegaknya undang-undang secara saksama, tanpa pilih kasih dan tanpa prasangka, juga terlaksananya sistem penyampaian secara cekap lagi berkesan,” menurutnya.

Khutbah itu memaklumkan, pada tahun depan, kebimbangan turut terarah mengenai kemungkinan akan berlaku lonjakan semula COVID-19, susulan peningkatan mendadak kes di China dengan kemunculan varian baharu.

Justeru, katanya, kerajaan perlu mengambil langkah pencegahan berkesan menangani situasi itu, agar rakyat tidak perlu melalui perintah berkurung sekali lagi.

Manakala, ujarnya, ummah pula hendaklah sentiasa berwaspada untuk tidak mengabaikan amalan kesihatan yang disarankan dipatuhi.

“(Selain itu, pada tahun depan dijangkakan) Suasana ekonomi suram dan tidak menentu yang memerlukan langkah bijak lagi berkesan, bagi membolehkan ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh serta berjaya menangani masalah inflasi, nilai mata wang ringgit lemah dan kos sara hidup tinggi.

“Kerajaan harus memastikan pertumbuhan ekonomi tidak hanya berbentuk data dan angka yang indah di atas kertas.

“Di sebaliknya pertumbuhan ekonomi benar-benar dapat dinikmati rakyat jelata melalui pentadbiran berupaya mengembalikan keyakinan, agar pelabur sama-sama membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, selanjutnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Pada masa sama, khutbah itu berkata, tahun 2023 turut menyaksikan jangkaan berlaku masalah bekalan dan harga makanan.

Jelasnya, pakar makanan meramalkan harga barangan produk itu akan naik 10 peratus.

Kenaikan itu, katanya, menyaksikan rakyat bukan sahaja menghadapi harga bahan makanan semakin mahal, malah lebih menyukarkan adalah jaminan kewujudan bekalan yang mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan harian rakyat.

“Bagi menangani masalah ini, ummah perlu berganding bahu membantu usaha untuk menurunkan harga bahan makanan dan menjamin kecukupan bekalan bahan makanan.

“Jawatankuasa masjid diseru berperanan aktif menggalakkan ahli kariah memulakan budaya pertanian kecil dengan menanam sayur-sayuran di kediaman masing-masing. Gantikan pokok bunga di pasu dengan pokok terung, tomato, kacang bendir, cili, bayam, sawi dan kang-kong,” katanya.

Khutbah itu menyatakan, kerajaan baharu diharap tidak mengulangi amalan tidak disenangi rakyat, terutama berbentuk pembaziran.

Menurutnya, rakyat tidak senang dengan perbuatan penyalahgunaan khazanah negara dan wang rakyat.

“(Rakyat tidak menyenangi perbuatan) melantik pemegang jawatan dalam kalangan orang tidak memiliki kepakaran, sehingga menyebabkan berlaku kerosakan dan paling tidak disenangi amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Melangkah masuk ke 2023, katanya, negara berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan baharu berusia lima minggu, di peringkat negeri dan Persekutuan.

Sementara itu, khutbah Jumaat di Selangor menegaskan bahawa Islam adalah agama yang mengajak kepada penyatuan dan perpaduan ummah, meskipun berbeza agama, fahaman serta budaya.

Mimbar memberitahu, golongan pemimpin perlu bertanggungjawab memastikan penyatuan dan perpaduan ummah terlaksana serta terpelihara.

“Negara akan menjadi kucar-kacir hingga musnah dan hancur sekiranya tiada lagi perpaduan serta penyatuan ummah terlaksana,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad