web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Saksi 13 Setiausaha Politik Menteri Angkat Sumpah Jawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 5:11PM

Anwar menyaksikan setiausaha politik mengangkat sumpah. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Angkat Sumpah simpan rahsia membabitkan 13 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, majlis itu didahului Setiausaha Politik kepadanya selaku Perdana Menteri, Azman Abidin.

Setiausaha politik lain yang mengangkat sumpah adalah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Jamal Norubit @ Nerubi; Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Che Zam Hamzah dan Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Khairi A Malik.

Pada masa sama, setiausaha politik lain adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Suhaizan Kaiat; Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Mohd Syazean Rahimy Mohd Mokhtar; Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Carl Douglas Victor Moosom serta Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Atiqah Syairah Shaharuddin.

Empat lagi individu yang mengangkat sumpah adalah Dr Muhammad Razak Idris, iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama; V Ravindran (Menteri Sumber Manusia); Napsiah Khamis @ Maharan (Menteri Kesihatan) serta Mohammad Ghazali Hajiji (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).

Dalam perkongsiannya di Facebook, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa pada minggu lalu, seramai 10 Setiausaha Politik turut mengangkat sumpah.

Antara individu terbabit adalah setiausaha politik kepada Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah); Ir Irwan Zulkarnain Hasbie (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi) serta Mikai Mandau (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi).

Individu turut mengangkat sumpah adalah setiausaha politik kepada Chiong Yoke Kong (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Ambrose Abong Bugek (Menteri Kerja Raya), Johari Kassim (Menteri Dalam Negeri), Ooi Tze Min (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Mohammed Kamaluddin Effendie (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Lee Seang Hock (Pelancongan, Seni dan Budaya) serta Abdullah Izhar Yusof (Menteri Komunikasi dan Digital).

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad