web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Suis Jejas Jadual Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 8:33PM

Kejadian pertama berlaku pada 4.24 petang tadi menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual antara Stesen KL Sentral dan Pasar Seni. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan kejadian pertama berlaku pada 4.24 petang tadi menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual antara Stesen KL Sentral dan Pasar Seni serta pasukan teknikal telah berada di lokasi dan kerja-kerja baik pulih selesai pada 5.20 petang.

“Gangguan kedua telah berulang antara Stesen Damai dan Dato’ Keramat pada 5.26 petang. Buat masa ini, kakitangan teknikal sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan akan memastikan operasi kembali normal pada kadar segera,” katanya. 

Bagi mengurangkan kesesakan di stesen, perkhidmatan bas perantara percuma disediakan antara Stesen KLCC, Ampang Park, Damai, Dato’ Keramat, Jelatek dan Setiawangsa.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan serta melayari media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status perkhidmatan terkini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

35 Laluan Bas Rapid KL Terlibat Dalam Penyelarasan Operasi Bermula Hari Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar