web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inspektor Polis Didakwa Rogol, Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Bawah Umur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 2:09PM

Mohd Maliki Azmi dituduh melakukan perbuatan itu di bilik pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan lebih kurang 6.30 petang pada 28 Disember 2022 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI -  Seorang inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur pada akhir bulan lepas.

Mohd Maliki Azmi, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid .

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pegawai penyiasat berpangkat Inspektor telah didakwa merogol remaja berusia 16 tahun itu dengan kerelaannya dan kerelaan itu diperoleh menggunakan kedudukan berkuasa tertuduh terhadap mangsa.

Mohd Maliki dituduh melakukan perbuatan itu di bilik pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan lebih kurang 6.30 petang pada 28 Disember 2022 mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan amang seksual terhadap remaja perempuan itu di tempat, masa dan tarikh sama.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a), Seksyen 14(c) dan Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu iaitu boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan disebat dengan tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hizween Azleena Othman Kamal, Zulfadzly Hassan dan Nurul Natasha Rizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun jika mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan RM20,000 bagi pertuduhan merogol dan RM20,000 bagi setiap kes amang seksual.

Mohd Maliki memohon jaminan rendah atas alasan dia tiada pendapatan berikutan akan digantung tugas selepas kes itu.

“Selain itu saya juga perlu menyara ibu bapa. Isteri tidak bekerja dan saya menanggung beban hutang yang tinggi,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan merogol dan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga kes amang seksual berserta syarat tambahan melarangnya mengganggu mangsa kes itu dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan untuk semua kes ditetapkan pada  6 Februari bagi lantikan peguam serta serahan dokumen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

4

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini