Berita Terkini

21 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Nikolau Kongsi Pengalaman Panjat Menara Merdeka 118, ‘Ia Ketinggian Paling Sukar’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 9:22AM

Angela Nikolau menjadi wanita pertama memanjat Menara Merdeka 118 apabila dia berjaya sampai ke puncak menara setinggi 679 meter itu bersama Ivan Beerkus minggu lalu - Gambar Instagram Angela Nikolau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyelidikan selama berjam-jam, pengawasan berminggu-minggu dan pendakian yang mengambil masa lima kali lebih lama daripada yang dijangkakan, proses ‘menawan’ Menara Merdeka 118 secara fizikal dan emosi amat meletihkan bagi pendaki berpengalaman, Angela Nikolau.

Kini setelah menakluki puncak bangunan kedua tertinggi di dunia, wanita Rusia itu berkongsi dengan The Vibes pengalamannya memanjat menara tersebut bersama pasangannya, Ivan Beerkus.

"Saya pasti akan mengatakan ia adalah ketinggian paling sukar setakat ini dan juga salah satu perkara paling sukar pernah dilakukan dalam hidup saya.

“Ia mencabar dari segi fizikal dan emosi, dan kami terpaksa melakukan perkara ekstrem untuk menjayakannya,” kata pendaki ekstrem berusia 29 tahun itu.

Nikolau menjadi wanita pertama memanjat Menara Merdeka 118 apabila dia berjaya sampai ke puncak menara setinggi 679 meter itu bersama Beerkus minggu lalu.

Gambar pasangan tersebut dimuat naik di forum dalam talian SkyscraperCity.com pada 27 Disember, sebelum kedua-duanya mengesahkan aksi mereka dua hari kemudian di Instagram yang memaparkan rakaman mereka di puncak menara berkenaan.

Video itu, bagaimanapun, tidak setimpal dengan perjuangan yang perlu mereka hadapi bagi mencapai kejayaan tersebut.

Menurut Nikolau, mereka mengambil masa yang amat lama untuk melakukan penyelidikan terhadap menara tersebut iaitu sekitar tiga minggu bagi "mewujudkan pemahaman umum tentang sesuatu" dan menentukan cara mereka dapat menyelesaikan masalah.

"Fakta yang menyeronokkan, kami masih silap tentang banyak perkara semasa dalam proses memanjat menara itu.

“Kami merancang ketinggian itu mengambil masa tujuh hingga lapan jam, tetapi sebaliknya. Kami mengambil masa 36 jam! Dan kami kehabisan air dalam lima jam pertama, jadi ia agak ekstrem,” katanya.

Walaupun menjangkakan pendakian yang sukar, Nikolau berkata, dia memutuskan untuk melakukannya bagi memenuhi impian lamanya memanjat menara ikonik itu.

“Saya melihat bangunan itu untuk seketika dan saya menyukainya. Saya mengimpikan untuk berada di atasnya suatu hari nanti dan melihat pemandangan yang menakjubkan dari sana. Jadi anda boleh katakan itu adalah impian saya,” katanya.

 

Keselamatan yang ketat menyebabkan kelewatan 

Nikolau mendedahkan, kawalan yang ketat menyebabkan pendakian mereka lebih lama daripada dijangkakan.

“Amat sukar untuk melepasi keselamatan dan saya fikir pada satu ketika kami dikesan dan kami terpaksa bersembunyi. Itulah sebabnya kami mengambil masa yang lama.

“Kami terpaksa menunggu lama untuk segala-galanya selesai sebelum menyambung semula, dan terpaksa menggunakan semua kemahiran yang kami perolehi sepanjang dekad untuk sampai ke puncak.

"Jadi, kita boleh katakan pihak keselamatan melakukan kerja yang baik," katanya.

Menerusi satu ciapan di Twitter yang disiarkan lewat malam tadi, Nikolau memperincikan bagaimana dia berjaya melepasi anggota keselamatan, dan latar belakang untuk menakluki menara itu.

Antara lain, dia mendedahkan turut menyewa sebuah apartmen menghadap menara itu bagi membolehkannya melakukan pengawasan.

Malah dia memakai tudung dan pakaian seragam pembinaan sebagai penyamaran ketika memulakan pendakian.

Katanya, pada separuh pendakian, dia dikesan oleh pihak keselamatan, memaksa dia bersembunyi kira-kira 20 jam di dalam kotak konkrit kecil, di mana dia kehabisan makanan dan air.

Nikolau berkata, dia kemudian menyambung semula apabila anggota keselamatan sedang berehat dan menyelesaikan misinya sambil menambah pemandangan dari puncak Menara Merdeka 118 amat berbaloi dengan apa yang perlu dilaluinya.

Dalam temu bualnya dengan The Vibes, Nikolau berkata, dia mula berminat memanjat bangunan ketika remaja dan melakukan aksi pertamanya pada usia 16 tahun.

Katanya, dia amat menyukai "pemandangan dan ketenangan dunia" apabila berada di atas bangunan.

“Apabila saya mula mendaki, saya berada di sekolah menengah. Saya kemudian belajar untuk menjadi seorang pelukis profesional. Kemudian, saya menggabungkan lukisan dan bumbung,” katanya sambil memberitahu dia juga pernah mengadakan pameran di Moscow, Rusia sebelum ini.

Bagi pendakian, Nikolau menganggapnya sebagai pekerjaan sepenuh masanya sekarang, menunjukkan bahawa ia memerlukan organisasi, masa dan usaha seperti pekerjaan lain.

Nikolau dan Beerkus kini di bawah siasatan polis kerana menceroboh harta persendirian.

Menara Merdeka 118 yang masih dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini dan dimiliki oleh anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.

Ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai dan terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka, tapak bersejarah di mana Malaysia mengisytiharkan kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957. – The Vibes, 5 Januari 2023

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Tidak Layak Beri Kenyataan Selagi Gagal Bantu Panggil Menantu Hadapi Tuduhan Pecah Amanah – Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Lebih Berisiko Sebagai Pejalan Kaki Bukan Memandu, Kata MIROS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan