web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Pakar Kesihatan Sambut Baik Langkah Perketat Kawalan Di Pintu Masuk Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 9:03PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan  untuk memperketat kawalan kemasukan rakyat asing di semua pintu masuk Malaysia tanpa diskriminasi mendiskriminasi mana-mana negara bagi mengawal penularan wabak COVID-19, disambut baik pakar kesihatan.

Mereka menyifatkan langkah tersebut sebagai pendekatan yang terbaik dan wajar dilaksanakan, mengambil kira situasi semasa.

Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, langkah itu wajar disusuli dengan pengambilan dos penggalak oleh rakyat, bagi memastikan tahap pencegahan berada paras optimum.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Menurut beliau, negeri lain juga seharusnya mencontohi Melaka yang tidak teragak-agak mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan terbuka sekiranya kes COVID-19 menunjukkan peningkatan.

“Melaka sudah pun menekankan (bahawa kerajaan negeri tidak teragak-agak mewajibkan) rakyat menggunakan pelitup mulut di kawasan umum (sekiranya kes COVID-19 menunjukkan peningkatan).

“Langkah sama patut dibuat juga untuk rakyat negeri lain,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas ketetapan kerajaan untuk memperketat kemasukan pelancong luar, bagi membendung penularan COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini mengumumkan, Jabatan Imigresen diarahkan untuk bertindak sedemikian di semua pintu masuk negara.

Perdana Menteri memberitahu, Jemaah Kabinet memutuskan tanpa ragu bahawa masalah kesihatan rakyat adalah hal yang paling utama.

Mengulas lanjut, Dr Sharifa Ezat menambah, pemberian dos penggalak sepatutnya dijalankan dengan aktif untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 menjadi lebih teruk.

Bagi mereka yang mengambil vaksin, ujarnya, kombinasi ‘mix and match’ adalah terbaik memandangkan ia dikatakan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada penerima, berbanding vaksin ‘inactivated’ jenis Sinovac.

“Jika dua dos utama (prime) vaksin anda adalah Sinovac, eloklah vaksin ketiga menggunakan jenis Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA kerana ia memberi perlindungan lebih baik.

“Elakkan juga bergaul dengan ahli keluarga yang pulang dari luar negara, melainkan sudah diuji status COVID-19 mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut menyifatkan langkah yang diumumkan kerajaan itu sebagai usaha yang sangat baik.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Beliau menegaskan, virus sebenarnya boleh datang dari mana-mana negara.

“Kerajaan perlu proaktif dalam melakukan saringan di pintu masuk, contohnya terhadap mereka yang mengalami demam selain memantau sejarah vaksin dan ujian prakemasukan.

“Pihak berwajib perlu juga melakukan ujian pemantauan air kumbahan dari penerbangan negara yang berisiko tinggi dan tingkatkan liputan vaksinasi dos tambahan (penggalak),” katanya. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad