web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebakaran Wisma Jakel: Polis Ambil Alih Jika Ada Unsur Khianat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 4:11PM

Polis hanya akan mengambil alih siasatan kes kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini sekiranya didapati terdapat unsur khianat dikesan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis hanya akan mengambil alih siasatan kes kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini sekiranya didapati terdapat unsur khianat dikesan, berdasarkan hasil laporan bomba.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata setakat ini polis belum menerima apa-apa laporan daripada pemilik Wisma Jakel atau mana-mana pihak lain, berkaitan punca kebakaran bangunan itu.

Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai, terutama pengguna media sosial supaya tidak membuat spekulasi atau tuduhan berhubung punca kebakaran itu.

"Kita hentilah (buat spekulasi) yang cuba menimbulkan kemarahan pekerja yang hilang pekerjaan. Kejadian ini kita tidak minta berlaku, jadi berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan,” katanya ketika ditemui berhampiran lokasi kejadian di Wisma Jakel, hari ini. 

Katanya enam orang anggota polis termasuk dari cawangan trafik di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) bersama petugas bomba ditempatkan di sekitar tempat kejadian bagi mengawasi keselamatan lokasi kebakaran. 

Mohd Iqbal turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak meletakkan kenderaan atau berhenti di bahu jalan untuk melihat kerja-kerja pemunggahan barangan tekstil yang terselamat, atau sengaja meninjau tempat kejadian, kerana ia akan mengganggu lalu lintas.

"Saya nasihatkan (orang ramai) supaya tidak berhenti bagi mengambil gambar, atau apa sahaja tujuan supaya lalu lintas di kawasan ini dapat berjalan lancar, dan proses pemunggahan dapat dilaksanakan," katanya.

Selepas bangunan lot kedai yang cukup terkenal di Shah Alam itu mengalami kemusnahan lebih 80 peratus akibat kebakaran pada awal 1 Jan lepas, Wisma Jakel sekali lagi dilaporkan terbakar tengah malam tadi apabila bilik simpanan kain langsirnya di tingkat atas bangunan itu dijilat api lewat tengah malam tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad