web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Tasik Gubir Dekat Sik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 7:06AM

Seorang lelaki berumur lingkungan 20-an dikhuatiri lemas di Tasik Gubir petang semalam dan usaha mencarinya masih diteruskan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Seorang lelaki berumur lingkungan 20-an dikhuatiri lemas di Tasik Gubir dekat sini pada petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sik Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.57 petang, yang kemudian terus menggerakkan anggotanya ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Pusat Gerakan Operasi Kedah terima panggilan kecemasan mangsa lemas melalui MERS 999 dan jentera-jentera serta bot dengan kekuatan lima anggota bersama pegawai, telah digerakkan ke lokasi kejadian di Tasik Gubir.

“Jarak lokasi dari balai kita ialah 43 kilometer...Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat ini,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata berdasarkan maklumat awal diperoleh kemungkinan mangsa ke Tasik Gubir untuk memancing.

“Siasatan masih dijalankan dan operasi mencari dan menyelamat akan bersambung esok,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad