web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tangguhkan Sementara Kemasukan Pelancong China - PAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 9:22AM

PAS berpendapat kerajaan perlu memerhati perkembangan di China dan negara-negara lain yang telah menerima pelancong dari negara itu, sebelum membenarkan semula mereka memasuki negara ini - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mencadangkan penangguhan sementara kemasukan pelancong dari China susulan penularan kes baharu COVID-19 di negara itu yang dilaporkan semakin serius.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, kerajaan perlu memerhati perkembangan di China dan negara-negara lain yang telah menerima pelancong dari negara itu, sebelum membenarkan semula mereka memasuki negara ini.

Dalam pada itu, menurutnya, pelancong yang telah pun berada di negara ini perlu dikenal pasti dan diperiksa berhubung status COVID-19 mereka.

"PAS menyarankan kerajaan agar berwaspada dengan penularan kes baharu COVID-19 selepas China membenarkan rakyatnya mengembara ketika kes pandemik di negara republik itu melonjak sehingga 62,439 kes dalam seminggu.

"Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada penularan wabak pada tahun 2020 apabila tidak melakukan langkah mencegah kemasukan pelancong berisiko membawa COVID-19," katanya.

Mengulas lanjut, Khairil memberitahu, rakyat juga dinasihatkan untuk kekal menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan menitikberatkan penggunaan pelitup muka dan tidak berada di kawasan yang sesak," katanya.

China dilaporkan akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini selepas hampir tiga tahun ia ditutup berikutan pandemik COVID-19, namun timbul kebimbangan apabila berlaku lonjakan ketara kes COVID-19 di negara itu, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa semalam berkata, survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) akan diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada empat strategi utama kerajaan dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19.

Sementara itu, terdapat pakar kesihatan dilaporkan meminta kerajaan agar tidak terburu-buru menerima kedatangan pengembara dari China, terutama pelancong, sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan COVID-19 secara besar-besaran di negara ini. -  Getaran, 31 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 50 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad