web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2023: Rakyat Diseru Kembali Perkukuh Perpaduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 7:08AM

Rakyat diharap menjadikan kehadiran tahun baharu untuk kembali mencari titik persamaan dan mengukuhkan perpaduan demi kemakmuran negara - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas melalui episod panjang dalam kemelut politik negara dengan pelbagai cabaran sepanjang 2022, rakyat diharap menjadikan kehadiran tahun baharu untuk kembali mencari titik persamaan dan mengukuhkan perpaduan demi kemakmuran negara.

Sempena Tahun Baharu 2023, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof juga menyeru rakyat agar bersama-sama Kerajaan Perpaduan kembali bangkit untuk merangka dan menyusun atur kehidupan yang terkesan pasca-COVID-19.

Fadillah Yusof  -  Gambar Fail
Fadillah Yusof - Gambar Fail

“Marilah kita bersama mencari titik persamaan merentasi kaum, agama dan fahaman politik serta berpegang teguh kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu video di hantaran Facebook pula berharap rakyat akan bersama-sama memperkasakan komitmen dan terus memacu kecemerlangan untuk 2023.

 “Sementara cabaran yang mendatang akan kita tangani dan harungi demi Malaysia yang kita cintai, saya komited untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Harapan saya menjadikan Malaysia maju di bawah Kerajaan Perpaduan ini,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beliau akan terus turun padang bagi mendengar dan mendapatkan maklum balas daripada pengguna pengangkutan awam, pengendali dan komuniti perniagaan.

Anthony Loke - Gambar Fail
Anthony Loke - Gambar Fail

“Mengekalkan standard kualiti dan keselamatan adalah penting bagi semua sistem pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM), bas awam, pelabuhan dan lapangan terbang.

“Dengan mengambil kira keperluan rakyat dan keadaan sebenar, kita boleh mewujudkan dasar yang sesuai dengan keperluan orang ramai. Sistem pengangkutan dan logistik yang lancar penting bagi pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Turut merakamkan ucapan tahun baharu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu yang berharap segala halangan dan cabaran yang bakal mendatang dapat dihadapi dengan tenang, berani dan bersabar.

Mohamad Sabu - Gambar Fail
Mohamad Sabu - Gambar Fail

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berharap kementeriannya akan terus menjadi penggerak utama dalam pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat pada tahun baharu nanti.

“Harapan saya agar bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dapat terus memainkan peranan penting dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dan negara seperti perubahan iklim, jaminan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pula berkata beberapa transformasi akan dilakukan kementerian itu pada tahun hadapan termasuk melibatkan Bahagian Kanak-Kanak yang tidak lagi sesuai ditempatkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya akan membentangkan Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet selepas pihak pengurusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selesai menyediakan struktur dan cadangan lengkap berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan.

Nancy Shukri - Gambar fail Bernama
Nancy Shukri - Gambar fail Bernama

Selain itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula tekad memperkukuh peranan sebagai pemimpin sebuah kementerian yang menjadi peneraju aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

“Ia selari dengan komitmen saya sejak awal lagi untuk melakukan apa jua usaha terdaya bagi memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan selamat untuk didiami oleh semua,” katanya. 

Sementara itu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi Facebook berkata 2023 bakal menjadi tahun yang cukup mencabar terutama dari segi ekonomi.

Bagaimanapun dengan rencana, dasar dan fokus Kerajaan Perpaduan untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara, beliau pasti Malaysia akan berjaya.

Fahmi Fadzil - Gambar Fail
Fahmi Fadzil - Gambar Fail

“Pelbagai pengalaman dan pengajaran sepanjang tahun yang lalu semestinya mendewasakan serta mematangkan dan saya amat bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurnia-Nya. Semoga kehadiran tahun baharu ini akan memberi lebih banyak kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua, insya-Allah,” katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pada itu berkata fokus utama beliau dan kementerian pada tahun depan ialah memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama, memulihkan keyakinan pelabur dan meningkatkan pelaburan langsung asing.

“Kita juga perlu memastikan penggubalan dan pelaksanaan mana-mana perjanjian perdagangan dua hala mahupun pelbagai hala akan memberi nilai dan kelebihan padu kepada pemain domestik dalam rantaian bekalan negara terutamanya Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro,” katanya.

 Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pula mendoakan agar negara terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan seluruh masyarakat hidup penuh bertoleransi sambil mengingatkan rakyat agar terus menjalani gaya hidup sihat serta sentiasa mematuhi langkah pencegahan kesihatan awam. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar