web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Telur Ayam Tidak Dicuci, Gerai Roti Canai Undang Kecaman 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 8:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kotor dan menjijikkan!

Itu pandangan orang ramai ke atas sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer Pulau Pinang, yang amat terkenal di kalangan pelancong, termasuk dari luar negara.

Bukan sahaja kebersihan gerai itu tidak dijaga dengan baik, tindakan penebar roti canai menggunakan telur ayam yang tidak dicuci juga amat meloyakan.

Menerusi satu rakaman video yang kini viral di media sosial, lelaki terbabit dilihat memenuhkan sebuah bakul dengan telur ayam baharu tanpa mencucinya terlebih dahulu.

Bukan sahaja kesan najis ayam jelas kelihatan pada telur, caranya yang mengisi bakul itu dengan kasar turut menyebabkan ada telur berkenaan pecah.

Telur yang pecah itu juga dibiarkan begitu sahaja di dalam bakul tersebut, walaupun ia berpotensi menyebabkan pencemaran dan seterusnya mencetuskan keracunan makanan.

Sekadar info, telur ayam adalah antara bahan mentah yang mudah dicemari bakteria berbahaya seperti salmonella dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera.

Tinjauan Getaran di media sosial mendapati, majoriti netizen melahirkan rasa hairan apabila gerai berkenaan sering menjadi tumpuan walaupun jelas kebersihannya tidak terjaga.

Ada juga netizen berkata, premis terbabit tidak pernah menjadi pilihan penduduk tempatan kerana tahap kebersihan yang buruk.

“Percayalah bila orang Penang cakap ‘kami tak pi (pergi) kedai tu, kami pi kedai lain’ adalah sebab kami tau kedai tu punya kotoq (kotor) dengan ‘sedap’ tu macam mana,” ciap @YianasueAbu.

Kenyataan itu turut disahkan @riaz_ir yang berkata, pekerja di gerai tersebut sering ‘memaksa’ pelanggan memesan lauk ayam kerana ia jauh lebih mahal berbanding menu lain.

Trust Penangites when we said ‘kedai ni tak sedap pun’. Hygiene out, they simply lied and makes everyone order chicken and it’s expensive. Please do not support this business,” tegasnya.

Pendapat sama disuarakan @arifmddin yang memberitahu, dia dipaksa memilih kari ayam tanpa diberi pilihan lain.

Yes!! Aku kena scam dgn kedai ni. Roti without choice with ayam kari. Ayam tak berapa masak, kari cair. Not worth it. So pegi la ke Hutton Lane, sana lg sedap!!!” ciapnya.

Dalam perkembangan berkaitan, pengusaha gerai tersebut, Shahjahan Abdul Hamid, 50 telah menyuarakan permohonan maaf dan berkata, pihaknya akan memastikan kebersihan di premis terbabit kembali diberi perhatian.

Dakwanya, mereka kekurangan tenaga kerja ketika video tersebut dirakam, menyebabkan gerai itu seolah-olah berada dalam keadaan tidak terurus. 

Katanya, semua telur ayam itu juga sudah dicuci terlebih dahulu. - Getaran, 31 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 51 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad