web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parkir Di Ruang EV, Pemandu 2 Kenderaan Dikecam, ‘Ini Perangai Tak Bermoral’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 6:15PM

Kelihatan kenderaan bukan EV parkir di tempat dikhaskan untuk mengecas kenderaan tersebut. - Gambar dari Twitter Paul Tan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sikap tidak bermoral segelintir pemandu ketika meletakkan kenderaan bukan isu baharu di negara ini, apabila ada antara mereka memarkir di luar kotak ditetapkan, menghalang laluan atau menggunakan tempat tidak dibenarkan.

Malah, ia sering menjadi pencetus pergaduhan antara pemandu seperti kerap dikongsikan orang ramai, khususnya di media sosial.

Terbaharu, penulis pemotoran, Paul Tan berkongsi hantarannya di Twitter mengenai tindakan dua pemandu meletakkan kereta mereka di ruang parkir dikhaskan untuk mengecas kenderaan elektrik (EV).

“Kesian syarikat swasta keluar duit pasang fast charger (pengecas pantas) mahal kat highway (lebuh raya), akhirnya jadi lot parkir Alza dan Axia,” ciapnya menerusi hantaran dikongsikan itu.

Sejak dimuat naik pada jam 8.50 pagi tadi, video terbabit ditonton seramai 202,000 orang dan diulang ciap lebih 1,300 kali setakat jam 4.15 petang ini.

Paul turut memaklumkan terdapat sebuah kereta kelihatan seperti jenis EV berada di luar kotak parkir berkenaan yang mungkin ketika itu lebih memerlukan kemudahan terbabit.

“(Kenderaan) Cermin sisi kuning tu kemungkinan besar kereta Elektrik MINI, bateri kecil jadi betul-betul memerlukan pengecas lebuh raya untuk merentas negeri,” ujarnya.

Hantaran dimuat naik Paul itu dipercayai sebagai mengulang ciap status dan gambar asal sebuah akaun, SP mengenai sikap tidak bertanggungjawab pemandu terbabit.

“Sisi buruk orang tidak bertimbang rasa dan maaf kata, ini adalah rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan.

“Bila bersemuka dengan pemilik dua kenderaan ini, seorang bertanya ‘kena bayaran ke untuk cas?’, ‘berapa caj saya perlu bayar?’.

“Seorang lagi pemilik berkata ‘Saya datang dulu, saya parkir lah sini,” kongsinya.

Perkongsian Paul mengenai ‘kisah’ itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial terbabit yang rata-rata berang dan menempelak sikap pemandu berkenaan.

Mereka menyifatkan perbuatan terbabit sebagai bukan sahaja tidak bermoral dan tiada tanggungjawab, tetapi juga mementingkan diri serta menyakitkan hati.

“Ramai orang mentaliti macam ni di negara kita, apatah lagi tempat parking (parkir) di shopping kompleks (pusat beli-belah). Pinda hukuman bukan saman, tapi sebat,” ciap seorang pengguna, @azrul77_.

“Their mindset (pemikiran mereka) ‘tak ada orang nak cas kereta eletrik, aku pergi kejap je ni. Park (parkir) sini lah’,” kata @jangantaggedlaa.

“Parking OKU (orang kurang upaya) pun orang (non OKU) nak rembat. Inikan pula charger EV (kenderaan elektrik),” tulis @sejajeoha987.

Manakala, ada netizen mengatakan sepatutnya individu yang bersikap tidak prihatin seperti itu dikenakan saman dan kenderaan mereka ditunda sebagai pengajaran.

“Kena ada satu unit towing (tunda) kereta. Kereta yang buat masalah, report (lapor) dan towing kereta tu. Nak ambil balik, kena bayar sekian amount (bayaran),” komen @fadhilmuhamad.

“Dah kena start saman dah. Orang kita ni kena attack depa dengan benda yang mereka paling risau, iaitu poket (duit). Lepas tu baru minda diorang (mereka) berfungsi,” ujar Ubiquitous Cryptic.

“Clamp (kapit) je kereta bodoh ni, empat tayar sekali clamp. Satu tayar nak buka RM300,” getus @diantukimin.

“Minda masyarakat yang perlu diperbetulkan,” tegas @ahmadraisj.

Sementara itu, warga maya turut tidak ketinggalan berkongsi pengalaman menyaksikan individu bersikap tidak bertanggungjawab seperti itu.

“Berlaku depan mata saya sendiri di sebuah hospital di Kedah. Seorang pakcik ini suruh anak dia masuk parkir dikhaskan untuk EV. Anak dia tak nak. Pakcik tu pun cakap ‘tak apa dah pukul 4 ni’,” kata seorang pengguna.

Selain itu, beberapa netizen mencadangkan supaya kawasan meletak kenderaan khas untuk EV diletakkan penghadang supaya ia hanya boleh diakses individu yang menggunakan jenis kenderaan berkenaan.

“Kena letak palang. Mereka yang sudah bayar untuk cas semula bateri boleh turunkan palang tu,” kata @fahmyumar.

“Tiba masanya pasang ‘chains’ sepanjang tempat caj macam  sesetengah pusat beli belah buat untuk tempat parkir OKU. Panggil guard (pengawal) baru buka,” cadang @FrugalFliza.

“Bagi mudahkan orang sedar itu petak parking untuk kegunaan EV, rasanya elok warnakan garisan petak tu dengan warna lain,” komen @jllmisai. - Getaran, 31 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Wartawan Bantah ‘Halalkan’ Mercun, Ia Mengarut, Bercanggah Langkah Diambil Negara Lain

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad