web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Awal Kebocoran Data: Akaun Bank Tidak Sah, Tak Wujud

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 7:29PM

Siasatan awal ke atas maklumat nombor akaun Maybank dipaparkan dalam sebuah laman web yang didakwa membocorkan data pengguna sebelum ini, mendapati akaun berkenaan tidak wujud. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan awal ke atas maklumat nombor akaun Maybank dipaparkan dalam sebuah laman web yang didakwa membocorkan data pengguna sebelum ini, mendapati akaun berkenaan adalah tidak sah atau tidak wujud.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana transaksi tidak boleh dilakukan melalui nombor akaun tersebut.

“Siasatan awal juga mendapati terdapat potensi data yang didakwa bocor adalah merujuk kepada satu insiden pada 2018.

“Bagaimanapun, pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan adalah diperlukan untuk tujuan siasatan terperinci di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709],” katanya menerusi kenyataan.

Fahmi berkata, pihaknya memandang serius dakwaan kebocoran data dibuat laman web terbabit pada 25 Disember lalu.

Kebocoran data berkenaan, katanya, didakwa melibatkan pihak Maybank, Astro dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Menurutnya, KKD melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM), sedang mendapatkan maklum balas daripada Maybank dan Astro berhubung dakwaan kebocoran data, bagi memastikan kesahihan pemilikannya.

Pada masa sama, jelasnya, siasatan mengenai kebocoran data SPR dalam laman web berkenaan akan diserahkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk tindakan selanjutnya, memandangkan ia adalah di luar bidang kuasa Akta 709.

Ujarnya, notis sekatan juga sudah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan menghalang orang awam mengakses laman sesawang tersebut.

“Saya ingin mengingatkan semua pengguna data agar sentiasa memastikan tahap keselamatan siber berada pada paras baik dan sentiasa mematuhi prinsip dan standard perlindungan data peribadi selaras dengan Akta 709,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, CSM dan JPDP diminta menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data maklumat membabitkan 13 juta rakyat Malaysia yang tersebar di media sosial awal pagi tadi.

Fahmi berkata, kebocoran data berkenaan adalah serius melibatkan jumlah maklumat yang banyak.

“Saya akan minta CSM, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak berkenaan serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelumnya, beliau berkongsi satu hantaran milik pengguna akaun Facebook dengan nama Pendakwah Teknologi yang mendakwa hampir 13 juta maklumat pengguna daripada Maybank, SPR dan Astro bocor.

Berdasarkan hantaran itu, pada 25 Disember 2022 kira-kira 7.56 malam, sebuah laman web menyenaraikan 3.5 juta maklumat pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan 7.2 juta pengguna SPR.

Maklumat dibocorkan didakwa melibatkan nama pengguna, nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad