web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usah Biarkan Pemikiran Liberal, Pluralisme Membarah Dalam Masyarakat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 5:34PM

Pemikiran liberalisme dan pluralisme adalah fahaman sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam, susulan ia bercanggah dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemikiran liberalisme dan pluralisme adalah fahaman sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam, susulan ia bercanggah dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAINS) menerusi teks khutbah Jumaat hari ini menegaskan, perkara itu terbukti berdasarkan fatwa diwartakan pada 2014 dan individu berpegang kepada fahaman tersebut haruslah segera bertaubat.

Menurutnya, terdapat keperluan fahaman liberalisme ditolak berikutan secara asasnya, pemikiran itu berpandukan akal dan logik semata-mata.

Ia turut menolak al-Quran dan al-Sunnah, di samping konsep tersebut dilarang diamalkan agama lain.

“Pada hari ini, lahir pemikiran tidak jauh daripada golongan Ibahiyyun (individu membolehkan apa sahaja), iaitu pemikiran Islam Liberal. Ada di antara perjuangan pemikiran ini kadang melanggar ijmak, iaitu konsensus umat Islam.

“Misalnya, dalam hal asas cara penetapan dan penggalian hukum atau dikenal dengan istinbat hukum, mereka tidak lagi mahu mengikuti manhaj yang digariskan imam mujtahid terdahulu, iaitu mengikuti manhaj Usul al-Fiqh, Ulum al-Hadis, Ulum al-Tafsir, Kalam dan sebagainya. Justeru mereka berkempen untuk mentafsir al-Quran sebebas- bebasnya,” katanya.

Lebih membimbangkan, teks khutbah itu menyatakan, kaedah tafsir dipegang secara ijmak oleh ulama, turut ‘disampahkan’ golongan terbabit dan melakukan kaedah penafsiran dengan mengkritik teks (hermeneutik) seperti digunakan dalam memahami kitab Bible. 

Katanya, modus operandi fahaman itu juga tidak jauh dengan golongan Allamazhabiyyah, iaitu kumpulan mempunyai objektif ingin menjatuhkan kredibiliti dan autoriti ulama Islam terdahulu, dengan mengkritik pendapat dan membuat slogan bahawa ulama tidak maksum boleh melakukan kesalahan dalam mentafsir dalil atau hadis.

“Sedangkan puak Islam Liberal pula berani memperolok Imam al-Syafie dan ulama mujtahid lainnya serta menganggap mereka ketinggalan zaman, tidak relevan dan punca taklid buta. Bahkan kitab Sahih al-Bukhari pun dituduh tidak lagi sahih. Lalu apa sahih? Tidak lain hanya pandangan tokoh mereka sahaja gamaknya.

“Apa akan jadi kepada umat Islam sekiranya pendapat ulama diperlekeh, kitab kuning beratus tahun dijadikan sumber hukum menghasilkan fatwa dan panduan hidup bagi umat Islam semuanya ditolak dan diperlekeh? Lalu Mufti Facebook dan Ulama Youtube yang dijadikan panduan dan sumber hukum. 

“Apakah kebenaran zaman ini diletakkan pada jumlah likes di dalam Facebook atau membiarkan komen netizen penentu kebenaran sesuatu perkara? Akhirnya ilmu tidak lagi di pondok, sekolah, masjid universiti, sebaliknya ilmu dinilai benar melalui media sosial,” katanya.

Mengulas lanjut, teks khutbah Jumaat itu menjelaskan kebimbangan mengenai perbuatan umat Islam yang mengamalkan pemikiran liberal ketika ini apabila cuba mengubah hukum ditetapkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW, iaitu tindakan menghalalkan perbuatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

“Lebih bahaya, ada dalam kalangan mereka menganggap kitab fiqh ulama mazhab empat adalah disusun ulama lelaki bersifat patriarki yang menyebabkan segala hukum banyak menyebelahi kaum lelaki. Maka, mereka melawan dengan membuat bid’ah keji, seperti membenarkan wanita menjadi imam solat kepada lelaki, bahkan di dalam solat Jumaat sekalipun. 

“Patriarki adalah sistem di mana lelaki memegang tampuk kekuasaan dan dominan dalam pentadbiran, manakala wanita ialah orang bawahan. Sistem pemerintahan patriarki meletakkan lelaki sebagai jalur utama dalam mewarisi tampuk pemerintahan dan berkuasa bukan sahaja dari segi politik, tetapi juga moral, serta mempunyai hak keistimewaan dalam perundangan,” katanya.

Sekiranya pemikiran itu masih berleluasa dalam kalangan Muslim, katanya, orang Islam boleh ditimpa musibah atau bala bencana sebagaimana umat terdahulu yang musnah dan dilaknat Allah disebabkan menokok tambah perihal agama mereka.

“Umat Islam perlu sentiasa menghormati hukum syarak dan keputusan fatwa diwartakan. Pemikiran Islam Liberal adalah jelas sebuah pemahaman yang bercanggah dengan syariat Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

“Landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dalam urusan akidah mengikut neraca al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah. Dalam fiqah adalah mengikut mazhab Imam al-Syafii dan menerima tiga mazhab lainnya. 

“Sedangkan tasawwuf pula adalah mengikut Imam al- Junaidi dan Imam al-Ghazali. Tiga asas inilah yang sudah lama dipegang umara’ dan ulama di Selangor sejak berzaman, semoga kita semua istiqamah dengan pegangan ini,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan